” Ketika penyanyi lain bersungguh-sungguh untuk menang, Ana Rafali pula bersahaja untuk menang. Mengapa? Sebabnya dia tahu yang dia bukan penyanyi, tetapi pencipta lagu. Dan kebetulan ini adalah anugerah untuk lagu, bukan untuk penyanyi. Jadi dia tidak perlu bimbang tentang dirinya sebagai penyanyi,” GuruBashid
1 Saya ingin mengucapkan tahniah kepada gadis berbaju kurung yang pandai memetik gitar itu, tetapi anak-anak saya tidak menyebelahi kemenangannya pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL).
2 Bagi saya sendiri Ana Rafali bukanlah seorang penyanyi yang orang ramai mahu dengar nyanyiannya. Liriknya hebat, tetapi sebutannya pada malam AJL itu tidak jelas dan suaranya pun tak sedap.
3 Persembahannya pada malam itu pun terlalu biasa dan tidak cukup sempurna bagi sebuah anugerah yang berprestij seperti AJL.
4 Dia mungkin boleh mencipta lagu dan menjadi penulis lirik yang baik, tetapi untuk menyanyi dia bukanlah orangnya.Jika ia mahu kekal diterima, memadai dia menjadi pencipta lagu dan penulis lirik sahaja, dan biarkan orang lain menyanyikan lagunya.
5 Ikhlas saya katakan lagu ciptaannya bukan untuk dirinya tetapi untuk orang lain. Maksud saya orang lain yang menyanyikan lagunya, bukan dirinya sendiri. Saya mendengar lagunya. Tak mesra telinga langsung, tak sedap dan tak banyak perubahannya dengan lagu Hujan Bunga di Kuala Lumpur.
6 M Nasir kata lirik dan melodinya hebat. Kalau begitu tambah sahaja satu kategori lagi iaitu anugerah lirik. Jika Habsah Hasan yang mengupas tentang lirik saya setuju, sebab itu adalah menjadi kepakarannya tetapi jika M Nasir saya lebih mengharapkan kupasannya dari sudut arrangement muzik dan kekuatan lagu itu. Tetapi M Nasir seolah-olah mahu mengelak daripada memperkatakan tentang lagu dan muzik.
7 Sayugia diingat AJL memilih lagu yang terbaik daripada lagu-lagu yang baik, bukan lagu yang lain daripada yang lain. Ana Rafali memang berbeza sebab dia yang paling “teruk” pada malam itu. Tetapi kerana yang lain semuanya baik, adalah mudah untuk memilih yang terburuk.
8 ” Untuk mengelakkan saya tersilap pilih atau tak tahu nak pilih yang mana lebih baik saya pilih sahaja Ana Rafali “. Adakah itu yang berlaku pada malam itu.
9 Nampaknya Ana Rafali mempunyai tugas berat selepas ini. Dia mesti membuktikan kepada peminat hiburan tanah air selepas ini bahawa pemilihannya sebagai pemenang adalah tepat dan yang juri tidak tersilap pilih.
10 M Nasir mungkin boleh menggunakan alasan biasa bahawa keputusan juri adalah muktamad, tetapi Ana Rafali bukan juri untuk berkata demikian. Dia pencipta lagu yang mahu membuktikan yang dia boleh menyanyi. Sila buktikan?
11 Walau apa pun saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ana Rafali. Ketika penyanyi lain bersungguh-sungguh untuk menang, Ana Rafali pula bersahaja untuk menang.
Catatan GuruBashid











No user commented in " Saranan Saya Untuk Ana Rafali "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply