TIBA-TIBA sahaja selera makan menjadi lebih besar di bulan puasa walaupun tenaga sedikit mengecil. Pergi ke pasar Ramadhan mata dibuka lebar untuk melihat semua jenis juadah yang terjual. Wah kuih ini sedap. Puding ini pun sedap. Yang ini lagi sedap. Yang ni pun sedap jugak. Tengok air cendol, kepingin cendol. Tengok air jagung, kepingin air jagung. Tengok ABC, kepingin ABC. Wah sedap semuanya di bulan Ramadhan ini. Kalau boleh semua mau diborong. Akhirnya pergi tangan kosong, pulang kedua-dua tangan penuh dengan jabei plastik. Meja penuh dengan pelbagai juadah. Kuih saja tidak kurang dari lima jenis. Nasi ada, mi pun ada. Bihun pun ada. Lauk sahaja tidak kurang dari lima mata. Minuman sahaja 4 jenis. Itu belum masuk tamar, pisang emas dan tembikai. Wah rasa mau dimakan semuanya. Lapar sungguh rasanya. Allahu akbar! Allahu akbar!. Berkumandang suara azan dari surau. Selepas berdoa dan membaca bismillah terus minum air. Selepas segelas, tambah segelas lagi. Selepas air jagung, air tembikai, kemudian cendol. Perut pun terasa sesak. Sudah penuh untuk diisi. Langsung hilang selera untuk makan. Begitulah catatan GuruBashid di bulan Ramadhan yang bertajuk-nafsu besar, tenaga kurang.

















No user commented in " Nafsu Besar Tenaga Kurang "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply