1 Saya selalu mendengar rungutan daripada seseorang guru atau ramai guru tentang masalah disiplin yang sedang berlaku dan kekesalan yang ditunjukkan terhadap pelaku atau pencetus masalah itu sedangkan saya mahu mendengar apa tindakan yang mereka telah lakukan atau mencadangkan kepada saya tindakan yang sepatutnya.
2 Luahan tidak puas hati itu diungkapkan kepada seseorang yang sedang diajak berbicara, atau dibawa ke dalam mesyuarat sebagai makluman seolah-olah menceritakan perihal pelajar yang bermasalah itu suatu cerita yang menyeronokkan.
3 Berbagai-bagai masalah diceritakan termasuk tentang begitu teruknya si pelaku dan kadang-kadang timbul perasaan memandang rendah kepada pengurusan disiplin di sekolah.
4 Melalui cara sedemikian setiap orang seolah-olah mahu menunjukkan yang mereka sangat mengambil berat atau prihatin terhadap apa yang sedang berlaku.
5 Mereka jenis ini juga mahu menunggu mesyuarat yang akan datang atau pertemuan berikutnya untuk membawa masalah itu sedangkan masalah hari ini perlu ditangani hari ini juga supaya pelajar yang melakukan kesalahan tahu bahawa sekolah serius menangani kes salah laku dan tidak ada tolak ansur tentangnya.
6 Tetapi masalah tetap tinggal sebagai masalah dan tidak juga dapat diselesaikan, dan pelajar yang melakukannya masih melakukan perbuatan yang sama, berulang-ulang.Mengapakah hal seperti ini sampai terjadi?
7 Rupa-rupanya yang merungut tidak pernah bertentangan muka dengan si pelaku, tidak pernah mengenalinya dengan lebih dekat. Mereka tidak cuba membuat teguran atau menasihatinya atau membawa pesalah kepada mereka yang bertanggungjawab.
8 Yang kerap berlaku mereka hanya memandang dari jauh atau dekat terhadap masalah yang berlaku,dan melihatnya dengan penuh kejijikan dan kemudiannya dijadikan bahan untuk dijaja ke sana ke mari.
9 Mereka jenis ini suka bersungut atau meleteri tentang apa yang mereka nampak untuk sepanjang masa sedangkan mereka sendiri dilihat tidak pernah membantu secara serius dan lebih bertanggungjawab dalam usaha menangani kes-kes disiplin.
10 Semua guru adalah guru disiplin dan semua guru adalah guru bimbingan. Tetapi mereka jenis ini hanya mahu mengajar dan membiarkan guru disiplin dan kaunselor sekolah menguruskan sendiri hal-hal disiplin.
11 Mereka akan terus meratap tetapi tidak pernah ada keseriusan dan keikhlasan untuk membantu menangani masalah yang berlaku seperti membuat teguran ketika itu juga atau membawa masalah itu kepada saluran yang betul.
12 Mereka turut mengharapkan ada orang lain yang akan menyelesaikan masalah itu seperti pihak berkuasa, guru disiplin atau Pengetua jika di sekolah.
13 Sebaliknya mereka sekadar berpuas hati dengan bercerita kepada orang lain tentang masalah yang timbul sambil menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap mutu disiplin, sedangkan mereka sendiri tidak berbuat apa-apa.
14 Fenomena seperti ini menyebabkan si pesalah sendiri mungkin tidak tahu sama ada dia telah melakukan kesalahan atau tidak. Mungkin pelajar yang bersalah berfikir begini ” kalau dia bersalah mengapa tidak ditegur atau diambil tindakan segera,”
Hakcipta Abd Bashid Harun











3 users commented in " Rungutan Dan Sungutan Tidak Akan Membawa Kita Ke Mana-Mana "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbackcikgu sekarang nie lebih bnyak bercakap dari mengambil tindakan…terutamanya cikgu perempuan.di sini bukannya sy nak memburukkan status cikgu…sy juga bakal mendidik anak bangsa satu hari nnti..sy tulis nie berdasarkan pengalaman mase sy belajar di sekolah dulu…pelajar yg bersalah langsung tidak dberi peluang untuk bersuare.bukan sy la yg buat kesalan..jadi kite sebagai guru sepatutnya tidak boleh mengharapkan kaunselor atau guru dsiplin semate-mate..guru yg lebih bnyak bercakap atau mengate dalm kate lain nye dari berfikir untuk menyelesaikan masalah pelajarnya adalah guru yg bodoh, yg menharapkan gaji semate…kalu mcm inila sikap guru skarg tak mustahil anak mereka juga akan menjadi seperti yg mereka katekn pd peljar lain…profesion guru bkan mudah..kite mendidik manusia,makluk yg mempunyai akal,perasan n sifat yg berbeza…bukannya mcm binatang yg ad otak tapi x de akal…jadi memang sukar…mengajar dn mendidk..disekolah kite la ibu bapa kedua kepd pelajr kite…
Saya tertarik dengan apa yang diperkatakan dalam soal rungutan guru-guru disekolah terhadap disiplin pelajar.Sebagai seorang guru HEM saya rasa apa yang cikgu nyatakan itu adalah betul (tapi bukan semua guru .Ramai kalangan guru hanya menyerahkan kepada HEM atau Guru Disiplin untuk menyelesaikan masalah ini. Bagi saya, perpatah Melayu mengatakan ” Orang yang rajin mencari jalan dan orang malas mencari alasan adalah amat sesuai digunakan di sini. Ini masalah disiplin adalah berkait rapat dengan banyak perkara dan ianya tidak boleh dikatakan berpunca daripada satu perkara atau masalah. Oleh itu dalam penyelesaian kes-kes disiplin, ia haruslah dilihat dari sudut holistik.
Tepat sekali kenyataan di atas.”Semua Guru adalah Guru Disiplin” perlu dilaksanakan dengan lebih bermakna di sekolah, bukan sekadar laungan dan kenyataan sahaja…..Apa pendapat tuan,mekanisma untuk menjadikannya budaya di sekolah..?
Leave A Reply