1 Agak lama saya tidak menulis. Ini bukan disengajakan tetapi saya benar-benar sibuk dengan pengurusan HEM pada awal sesi persekolahan. Banyak perkara yang harus dimantapkan dan sebahagiannya harus dimodulkan (mungkin juga akan dipatenkan) agar pengurusan seterusnya berjalan lancar.

2 Al-Hamdulillah pada hari ini saya telah menyelesaikan Modul Kepimpinan Pengawas SMK Kamunting yang buat pertama kali akan dibentangkan dalam Kursus Kepimpinan Pengawas SMK Kamunting pada 15 Januari depan.

3 Memang sulit untuk menghasilkan modul yang bersesuaian dengan persekitaran dan keperluan sekolah sendiri. Pemerhatian dan pengalaman selama hampir dua tahun di sekolah ini digunakan sebaik-baiknya untuk menjana modul yang saya kira sarat dengan saranan dan bimbingan dan mencukupi untuk menjadi panduan asas kepada pengawas dan guru pengawas.

4 Saya tidak mahu pengawas dibiarkan tanpa bimbingan dan panduan bertindak yang jelas.Saya mahu mereka benar-benar memahami fungsi dan tugas mereka sebagai pengawas, bukan melakukannya secara ikut-ikutan atau secara trial and error.

5 Saya mahu mereka bertindak dengan ilmu dan kemahiran, bukan menurut apa yang mereka sedia faham atau mengikut kefahaman guru pengawas. Saya mahukan setiap pengawas dan guru pengawas memahami tugas dan peranan pengawas yang betul dengan bertindak secara yang betul.

6 Justeru Modul Kepimpinan Pengawas yang bertemakan Pengawas Hari Ini Pemimpin Masa Hadapan setebal 35 muka surat ini dizahirkan.Mula-mulanya di atas kertas, dan selepas ini dijadikan panduan dan rujukan. Diharap ini bukan yang terakhir, tetapi akan terus ditambah baik dari semasa ke semasa.

Catatan GuruBashid