Adalah penting untuk kita ingat bahawa buli, konflik verbal, sentuhan fizikal dan yang berhubung dengan tindakan agresif masih menjadi bentuk yang dianggap biasa dalam masyarakat. Trump menegaskan bahawa bentuk-bentuk keganasan sekolah ini merupakan petanda awal kepada bentuk keganasan yang lebih besar dalam masyarakat. Sebab itu mengendalikan masalah kecil di sekolah adalah penting untuk kita mengelakkan berlakunya masalah yang lebih besar.Kita tentu tidak mahu insiden buli ini menjadi lebih teruk seperti yang berlaku di Amerika Syarikat di mana tembakan rambang kerap berlaku di sekolah. Salah satunya ialah insiden Columbian High School. Urutan kehangatan peristiwa-peristiwa tembak-menembak yang berlaku di sekolah di sekitar Amerika Syarikat pada akhir 1990-an, satu dokumen bertajuk Early Warning, Timely Respons: A Guide to Safe Schools (Dwyer, Osher, Werger 1998) telah diterbitkan. Dokumen itu menyenaraikan satu panduan amaran awal bagi membantu orang dewasa bagi mendekati kanak-kanak yang bermasalah secara cepat dan berkesan. Dalam dokumen itu, penulisnya menekankan akan bahaya menyalahertikan atau mengabaikan tanda-tanda pengenalan ini. Penulis menambah budak-budak yang bermasalah selalunya menunjukkan banyak tanda amaran awal dan ini berlaku secara berulang dengan yang akhir lebih teruk atau serius dari yang awal.  Inilah yang perlu dikesan oleh pengurusan sekolah, terutamanya guru kaunseling.Hakcipta GuruBashid