Adalah penting untuk kita ingat bahawa buli, konflik verbal, sentuhan fizikal dan yang berhubung dengan tindakan agresif masih menjadi bentuk yang dianggap biasa dalam masyarakat. Trump menegaskan bahawa bentuk-bentuk keganasan sekolah ini merupakan petanda awal kepada bentuk keganasan yang lebih besar dalam masyarakat. Sebab itu mengendalikan masalah kecil di sekolah adalah penting untuk kita mengelakkan berlakunya masalah yang lebih besar.Kita tentu tidak mahu insiden buli ini menjadi lebih teruk seperti yang berlaku di Amerika Syarikat di mana tembakan rambang kerap berlaku di sekolah. Salah satunya ialah insiden Columbian High School. Urutan kehangatan peristiwa-peristiwa tembak-menembak yang berlaku di sekolah di sekitar Amerika Syarikat pada akhir 1990-an, satu dokumen bertajuk Early Warning, Timely Respons: A Guide to Safe Schools (Dwyer, Osher, Werger 1998) telah diterbitkan. Dokumen itu menyenaraikan satu panduan amaran awal bagi membantu orang dewasa bagi mendekati kanak-kanak yang bermasalah secara cepat dan berkesan. Dalam dokumen itu, penulisnya menekankan akan bahaya menyalahertikan atau mengabaikan tanda-tanda pengenalan ini. Penulis menambah budak-budak yang bermasalah selalunya menunjukkan banyak tanda amaran awal dan ini berlaku secara berulang dengan yang akhir lebih teruk atau serius dari yang awal. Inilah yang perlu dikesan oleh pengurusan sekolah, terutamanya guru kaunseling.Hakcipta GuruBashid

















5 users commented in " Kenalpasti Petanda Awal "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbackmemmang aku setuju kalau dari petaka (masalah) yang kecil bisa menjadi petaka (masalah) besar
Ya kebolehan mengesan petanda kecil pada pelajar-pelajar kita memungkinkan kita mengambil langkah pencegahan/perlindungan. Di sinilah kemahiran mengesan itu diperlukan.
Saya tertarik dengan artikel yang disebutkan di atas. Apa yang ditakutkan ialah keganasan kecil seperti pergaduhan ala ‘tv/movie’ diikuti oleh pelajar-pelajar baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Terima kasih kerana memaklumkan artikel itu dan telah di’google’.
Mungkinkah kita memerlukan panduan kerja disiplin sebegitu?
“Early warning system” merupakan istilah yang tiba-tiba meletup apabila berlakunya Tsunami yang membunuh beratus ribu jiwa.Nampaknya sistem amaran awal ini turut diperlukan dalam pengurusan disiplin di bawah Hal-Ehwal Murid.Pengetua, Pen Kanan HEM, Pen Kanan Petang, Guru Disiplin dan guru-guru kaunseling perlu didedahkan dengan kemahiran mengenal pasti petanda awal itu.Rasionalnya langkah pencegahan tentu lebih baik daripada pengubatan.
Sedikit sebanyak kejadian buli ‘balik’ ini berlaku kerana terpengaruh ngan ‘game’ yg terdapat di pasaran. Game ala keganasan..tembak menembak.. sepak menyepak.. flying kick here and there…
tidakkah itu sumer ada dalam game?
contoh game.. street fighter…
game tembak menembak… snipers..
ish..byk game lagi la..
Leave A Reply