1 Guru tidak boleh menghentikan pergerakan murid. Sesiapa yang ingin menghentikan pergerakan seseorang itu adalah kerja gila namanya.Itu adalah sesuatu yang muktamad.
2 Tetapi sebagai guru kita boleh mengekang, dan membatasi pergerakan murid agar pergerakan itu terkawal, sentisa dalam batasan yang dibenarkan dan tidak terkeluar daripada landasan peraturan dan undang-undang.
3 Murid tetap murid.Itu hukum yang perlu diingat dan tidak boleh dipinda. Sebagai murid, mereka belum cukup dewasa dan matang untuk membuat keputusan sendiri.Mereka perlu dipandu oleh guru semasa di sekolah dan oleh ibu bapa semasa di rumah.
4 Mengambil kira faktor usia, murid adalah terkelompok dalam golongan remaja. Remaja itu sendiri berada dalam suatu zon transisi atau peralihan.Mereka bukan dewasa dan bukan juga kanak-kanak.
5 Apabila mereka pergi kepada kanak-kanak, kanak-kanak akan menolak mereka dengan berkata “ abang ni, abang dah tua, abang tak boleh berkawan dengan kami’.
6 Apabila mereka pergi kepada golongan dewasa, golongan dewasa juga akan menolak mereka dengan mengatakan bahawa mereka ini masih budak-budak untuk diterima sebagai golongan dewasa.
7 Maka dalam situasi yang begitu remaja tadi tidak dapat mengidentifikasikan diri mereka kepada kedua-dua golongan tadi. Ketika inilah mereka mudah kehilangan arah dan terperangkap oleh individu atau pihak yang selalu mengambil kesempatan ke atas mereka.
8 Jadi sebelum mereka terperangkap lebih baiklah kita menyediakan mereka dengan satu set alat atau instrumen kawalan.
9 Undang-undang dan peraturan adalah alat kawalan yang terakhir sebelum murid menerima hukuman masing-masing. Tetapi sebelum mereka didapati bersalah oleh undang-undang dan peraturan, mereka sepatutnya dikawal terlebih dahulu oleh satu sistem kawalan yang dibuat oleh sekolah atas kebijaksanaan sekolah.
10 Sistem kawalan itu meliputi satu set alat kawalan atau instrumen kawalan yang boleh berupa borang-borang yang perlu disi, surat kebenaran, kad keluar masuk kelas, buku pemantauan P & P, label kelas, roll call, ikar aku serah, ikrar aku janji, aku janji, urat amaran pertama, kedua dan teakhir dan lain-lain.
11 Harus diingat bahawa tidak ada satu pun alat atau instrumen kawalan yang lebih baik daripada satu instrumen atau alat kawalan yang satu lagi.Semua instrumen kawalan adalah baik dan boleh ditambah baik asalkan ianya boleh digunakan sebagai alat untuk mengekang pergerakan pelajar tadi daripada menyimpang kepada perlakuan yang tidak betul.
12Dalam erti kata lain alat atau instrumen kawalan yang kita ciptakan itu sebenarnya membantu guru dan memandu murid tadi supaya tidak terkeluar daripada landasan yang sebenar, bukannya untuk memayahkan mereka.
13 Tegasnya kita mahukan pergerakan murid dalam lingkungan yang dibenarkan dan bukan pergerakan yang diharamkan. Atau pergerakan yang melanggar undang-undang dan peraturan.
14 Bagaimana mengawalnya/ Ya tidak lain dan tidak bukan ialah dengan membatasi ruang dan peluang kepada murid-murid tadi.Alasannya mudah, bukankah murid hanya akan melanggar undang-undang apabila dia ada kesempatan untuk melakukannya.
15 Biasanya kesempatan itu diperolehi daripada ruang yang terbuka kepada mereka untuk berbuat demikian.Ruang yang terbuka tadi akan memberikan mereka peluang.
16 Murid selalu menggunakan ruang yang ada sebagai peluang untuk mereka melanggar disiplin.Jadi sekat ruang dan peluang itu dengan memberikan sedikit kawalan terhadap pergerakan mereka melalui kewujudan sistem kawalan tadi.
17 Sistem kawalan tadi yang diterjemahkan melalui pembentukan satu set alat kawalan yang digubal sedemikian rupa dengan satu tujuan akhir iaitu agar disiplin dan undang-undang dipatuhi.
18 Sayugia diingat bahawa sistem kawalan tadi tidak sekali-kali untuk menyusahkan murid atau untuk menyekat kebebasan mereka berkarya atau berkreativiti.Lebih fokus alat kawalan tadi lebih baiklah proses pengawalan tadi.
19 piak sekolah melalui guru-gurunya boleh mencipta atau menghasilkan apa jua jenis alat instrumen yang boleh digunakan untuk mendisiplinkan murid. Antara alat kawalan yang ada ialah 1) rotan yang diperlihatkan kepada murid 2) pelbagai jenis borang 3) label kelas yang berbeza warna ikut tingkatan 4) kad keluar masuk yang berbeza warna ikut tingkatan 5) tanda nama yang berbeza warna ikut tingkatan 6) buku rekod pemantauan murid ponteng yang berbeza warna ikut tingkatan dan lain-lain.
Hakcipta Abd Bashid Harun











No user commented in " Instrumen Kawalan Diperlukan "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply