1. PERCAYALAH pengalaman anda sebagai pengusaha warung atau gerai makan sungguh pun agak lama, sebenarnya tidak banyak membantu anda menjadi pengusaha kantin sekolah yang berjaya. Ini adalah dua pengalaman yang agak berbeza meskipun dalam industri yang sama.
2. Anda jangan terlalu yakin dengan kebolehan anda memasak makanan yang enak dan selalu dipuji orang jika anda belum pernah menguruskan kantin sekolah. Pengalaman hebat anda dan masakan anda yang sedap di warung atau restoran belum tentu yang anda akan mendapat pujian yang serupa jika anda di sekolah.
3. Anda patut mendapat pengalaman berniaga di kantin sekolah yang bilangan pelajarnya kecil terlebih dahulu sebelum anda terus melangkah ke sekolah yang mempunyai bilangan pelajar yang lebih ramai, terutama di sekolah dua sesi.
4. Di warung atau gerai makanan atau di restoran sekali pun, pelanggan yang berkunjung ke premis anda dalam suatu tempoh masa jumlahnya tidak ramai, tetapi di kantin anda terpaksa berdepan dengan pelajar yang lebih ramai yang makan serentak dalam tempoh yang agak pendek yang kadang-kadang mencecah hingga ribuan orang dalam suatu masa.
5. Sebagai pengusaha kantin sekolah anda mesti mampu dan bersedia menyediakan jumlah makanan yang mencukupi, dalam saiz dan harga yang berpatutan untuk pelajar-pelajar sekolah.
6. Begitu juga kualiti makanan dan minuman di sesi petang tidak wajar disediakan lebih kurang daripada apa yang telah disediakan kepada pelajar sesi pagi. Jika anda menyediakan laksa dan mi rebus sebagai contoh, pastikan kualiti kuahnya sama dengan sesi pagi. Bukan sekadar menambah kuantiti air untuk mencukupkan kuah atau sekadar dipanaskan semula tanpa mempedulikan bahan yang patut dimasukkan di dalam kuah dan makanan itu.
7. Pelajar-pelajar sesi petang atau pun pelajar yang mendapat layanan paling akhir di sesi pago selalu merungut kerana mendapat kualiti makanan yang rendah dan kadang-kadang tidak mencukupi. Umpamanya kuih karipap yang dijual hanyalah baki yang dibawa dari sesi pagi.
8. Pengusaha kantin sepatutnya menyediakan makanan yang mencukupi dengan menyediakan makanan baru bukan bergantung kepada kuih atau makanan yang belum habis untuk dijual di sesi petang.
9. Sebagai pengusaha kantin sekolah, anda tidak patut memandang dan melayan pelajar sesi petang sebagai golongan kelas dua yang boleh diberi apa sahaja yang anda mahu. Jangan meremehkan hal yang membabitkan kebajikan dan pembesaran pelajar.
10. Sungguh pun pelajar sesi petang lebih sedikit bilangannya dan lebih muda usianya tetapi selera makan mereka hampir sama atau mungkin lebih besar daripada pelajar sesi pagi. Alasannya dalam usia yang begitu mereka bukan sekadar banyak makan, tetapi berminat untuk makan. Selera makan golongan remaja awal ini sangat besar.
11. Malahan sebelum ini saya pernah menyebutkan bahawa pengusaha kantin sekolah yang berjaya menyediakan makanan yang menyelerakan dan berkualiti sebenarnya mampu menarik minat pelajar ke sekolah yang akhirnya turut membantu mengurangkan kadar ponteng sekolah. KLIK DI SINI
Hakcipta Abd Bashid Harun












5 users commented in " Ingatan Kepada Bakal Pengusaha Kantin Sekolah "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackKebanyakan pelan lama sekolah menengah dan rendah menyediakan dua unit ruang kantin. tetapi hanya membenarkan satu pengusaha sahaja beroperasi dan ini memberi kuasa monopoli kepada pengusaha tersebut dan akan wujud unsur rasuah.
Adalah lebih baik jika terdapat dua atau lebih pengusaha kantin yang beroperasi di sekolah yang besar dimana jumlah guru dan murid melebihi 1000 orang.
Ia dapat mewujudkan persaingan yg sihat. Mereka akan bersaing untuk menyediakan makanan yang baik untuk menarik pelanggan. Pelanggan juga bebas untuk membuat pilihan.
dll.
Salam Guru,
Saya pernah terlibat dalam perniagaan kantin sekolah dulu-dulu. Saya bantu bapa yg mendapat tender bagi 2 buah kantin sekolah di tempat kami. Sebenarnya, perniagaan kantin sekolah tidaklah semewah yg ramai sangkakan. Lebih sukar bila harga yg ditender rendah atas sebab persaingan dari petender yg lain. Namun, pendapatan dari bisnes ini mencukupi bagi keluarga yg tidak terlalu besar & kurang liabiliti. Ramai yg suka kantin sekolah berbanding kantin asrama kerana quick cash yg boleh dipusing kembali sbg modal berniaga. Meningkatkan kualiti bermakna tingkatkan kos operasi seperti tambahan pekerja, bahan modal dan kelengkapan. Bila kos naik tentunya harga brg terpaksa ikut naik untuk pastikan peniaga tidak rugi atau at least break-even. Ia jadi satu delema buat perniaga kantin. Ada yg give-up terutama yg berniaga di sekolah yg muridnya tidak ramai. Bagi saya 1000 murid tidak ramai sangat. Dari 1000, biasanya tak sampai separuh ke kantin setiap hari. Profit margin bagi brg makanan adalah amat rendah dan bila tolak kos operasi ia kadangkala menyakitkan peniaga. Bagi saya, Jbtn Pendidikan boleh mainkan peranan bagi meningkat kualiti kantin dgn menaik tarafkan bangunan kantin dan kemudahannya. Pihak sekolah juga boleh berbincang dari semasa ke semasa dgn pengusaha kantin mengenai makanan yg di jual agar tidak terlalu byk brg yg disediakan & tidak terjual. Ia sedikit sebanyak boleh mengurangkan beban pengusaha kantin dan membantu mereka menyediakan perkhidmatan dgn lebih baik.
[…] » Ingatan Kepada Bakal Pengusaha Kantin Sekolah Panduan Guru-Guru … […]
[…] » Ingatan Kepada Bakal Pengusaha Kantin Sekolah Panduan Guru-Guru … […]
[…] » Ingatan Kepada Bakal Pengusaha Kantin Sekolah Panduan Guru-Guru … […]
Leave A Reply