Mengurus, Mengawalselia dan Mengadakan item-item/perkara berikut:
1. SUMBER MANUSIA
1. Sejumlah pelajar dalam kelas
2. SUMBER BUKAN MANUSIA
A. Instrumen / Alat kawalan
1. Buku Kedatangan Pelajar (Bukti legal)-Diisi oleh Guru Kelas dan dihantar seawal waktu ke-2)
2. Surat-Surat Amaran/Berhenti
3. Rekod Kehadiran P & P
4. Kad Keluar Kelas
5. Tanda nama
6. Tali leher
B. Inventori/peralatan di dalam kelas
1. Kerusi pelajar
2. Meja pelajar
3. Meja Guru
4. Kerusi Guru
5. Papan putih
6. Papan Kenyataan
7. Cermin Tingkap
8. Penyapu
9. Penyodok
10. Pemadam
11. Penyapu debu
12. Pen Marker
13. Kipas
14. Lampu
C. Organisasi Kelas
1. Jadual Waktu Kelas
2. Pelan kedudukan pelajar
3. Jawatankuasa kelas
4. Jadual Bertugas
5. Program Cermin Angkat-label nama pelajar yang terlibat dilekatkan di bhg atas
6. Senarai nama pelajar
7. Senarai inventori kelas (Ditandatangani Penyerahan & Penerimaan)-format disediakan
8. Plan laluan kebakaran
9. Pengumuman/panduan/pekeliling
10. Sudut mata pelajaran (Papan Kenyataan di belakang)
11. Sudut kehadiran pelajar (diisi setiap hari)-Kanan (pagi), Kiri (Petang)
12. Angkat kerusi apabila pulang
D. Maklumat Pelajar ( Dalam Fail )
a. Slip keputusan peperiksaan
b. Kad kesihatan/Kad Pergigian
c. Slip berhenti /Sijil Berhenti
d. Salinan KP/Sijil Beranak/Dll
E. Pelbagai Yuran/Bayaran Tambahan
F. Kebajikan/Buku Teks/Biasiswa/Kesihatan
G. Tugas-Tugas Pemantauan dan Kawalan Kelas
I.Bersama-sama pelajar di tapak roll call dan catat kehadiran
2.Memahami bahagian masing-masing bagi kelas berkongsi (cermin/papan kenyataan/sudut kehadiran)-Kanan (pagi) dan Kiri (Petang)
3.Menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan kelas masing-masing
Disediakan,
(Abd Bashid bin Harun)











2 users commented in " Fungsi-Fungsi Guru Kelas "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackApakah tugas seorang guru? Dari senarai tugas di atas yang di sediakan oleh En. Abu Basid Bin Harun,bolehkah guru menjalankan tugas utamanya iaitu mengajar dengan “effective”. Selain senarai tugas di atas, guru juga perlu menyediakan rancangan pelajaran tahunan, rancangan mingguan,racangan harian, modal mengajar, rancangan 5 tahun untuk mata pelajaran supaya boleh lulus dengan cemerlang an lain-lain. Sebenar, selain menjadi seorang pendidik, guru juga ialah seorang kuli, pekebun, penjaga stor dan penjaga kanak-kanak
Orang Berpencen
GuruBashid:
Guru efektif berkaitan dengan keberkesanan seseorang guru melaksanakan core businessnya iaitu P & P. Di situlah perbuatan seseorang guru itu dinilai. Yang lain-lain itu merupakan faktor sokongan atau sampingan yang merupakan bonus kepada guru tadi. Jika seseorang guru itu mampu melaksanakan tugas utamanya dengan penuh efektif di mana berlaku proses guru mengajar dan murid belajar, guru yang sama sebenarnya turut berkemampuan melaksanakan tugas-tugas lain dengan jayanya tanpa alasan.Guru efektif tidak melihat ada pemisah antara tugas mengajar dibilik darjah dengan tugas sebagai guru kelas atau apa jenis guru sekali pun.Bagi guru efektif semuanya berkaitan dan mempunyai implikasi kepada pencapaian pelajar. Guru Efektif menghargai setiap peranan yang dberikan kepadanya tanpa sungutan atau alasan. Semuanya diterima dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya bagi memperkayakan pengelaman dan kepakaran.
patutlah budak-budak sekarang tak respect pada cikgu…cikgu banyak tugas lain daripada P&P..guru efektif tu hanya sedap mulut sahaja…mana laporan rahman arshad dulu…senyap aje..lepas tu macam2, pipp, nkra,,,,lepas ni amende pulak…
GuruBashid:
Apa apa ajelah macamana. Bagi saya orang cemerlang menunjukkan hasil; orang yang gagal mencari-cari alasan.
Leave A Reply