SEBENARNYA masih ramai ibu bapa yang bertanggungjawab dan mengambil berat tentang anak-anak mereka. Umpamanya, pada hari ini ada seorang bapa datang menemui saya. Saya ingat dia dipanggil oleh penolong kanan saya. Rupa-rupanya dia sendiri yang ingin menemui saya setelah mengesyaki anaknya ponteng sekolah. Anaknya berpakaian seragam sekolah, tetapi tidak sampai ke sekolah. Anaknya bersama 6 pelajar yang lain telah ditangkap oleh guru disiplin di luar kawasan sekolah. Hari ini kesemua mereka dihadapkan kepada saya untuk diambil tindakan selanjutnya. Oleh kerana ini kes pertama melibatkan mereka, saya sekadar ingin memberi mereka amaran keras, selain menandatangani borang aku janji untuk tidak mengulangi perbuatan yang merugikan masa depan mereka sendiri. Tetapi bapa pelajar berkenaan meminta anaknya dirotan sebagai satu pengajaran. Setelah memikirkan yang kesalahan ponteng sekolah adalah kesalahan berat maka saya memutuskan bahawa tindakan merotan itu adalah wajar. Sebelum merotan mereka, saya membacakan sekali lagi kesalahan mereka dan implikasi tindakan mereka kepada diri, ibu bapa dan sekolah. Setelah semuanya mengakui dengan sedar betapa tindakan mereka itu salah dan menyalahi undang-undang sekolah, saya memberitahu yang mereka akan dirotan sekali. Setelah memastikan punggung mereka tidak mengalami sebarang kecederaan hukuman pun dijalankan. Tanpa ada sedikit pun perasaan marah ketika merotan mereka, saya memasang niat supaya mereka menjadi anak dan pelajar yang baik.
















1 user commented in " Cerita Tentang Bapa Yang Ambil Berat "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbackmemang sepatutnya begitulah cara yang betul mendidik anak supaya menjadi insan yang berakhlak. Bukan menyalahkan guru! Tak ada guru yang nak anak muridnya jadi tak elok. Betul tak cikgu?
Leave A Reply