Ramai ibu bapa yang mengajukan soalan kepada saya tentang bayaran tambahan yang menggantikan bayaran yuran seperti sebelumnya. Pertama saya beritahu mereka jangan beri apa-apa bayaran sebelum pihak sekolah menerima kelulusan pakej yang dipohon. Sekolah seperti yang diarahkan telah diberi pilihan sama ada memilih Pakej A, B atau C. Sekolah saya sendiri memilih bayaran Pakej B, iaitu dalam kumpulan sederhana yang berjumlah RM44.50. Ada ibu bapa yang hendak membuat pembayaran pada hari pertama persekolahan, tetapi saya dan pengetua memutuskan untuk tidak menerima sebarang bayaran sebagai langkah selamat sebelum surat hitam putih kelulusan kami terima daripada Kementerian Pelajaran. Ada guru yang tidak sukakan cara ini kerana menurut mereka adalah lebih baik terima sahaja dahulu bayaran tersebut kerana nanti amat sukar untuk menerima bayaran jika ditangguhkan. Penjelasan guru saya itu pun ada kebenarannya kerana tindakan itu dilihat memudahkan tugas mereka. Tetapi pentadbir melihat dari sudut yang berbeza, iaitu dari aspek perundangan dan implikasinya selepas itu. Bayaran tambahan sebenarnya boleh dibayar pada bila-bila masa untuk sepanjang tahun persekolahan 2008. Bayaran itu juga boleh diansurkan mengikut kemampuan ibu bapa atau membayar untuk seorang anak dahulu jika mereka mempunyai beberapa orang anak di sekolah yang sama.Dan jika masih ada pelajar yang tidak mampu membuat pembayaran, satu surat berkaitan ketidakmampuan mereka hendaklah diajukan kepada pengetua supaya pengetua boleh merayu kepada PIBG agar membantu menjelaskan semua pembayaran itu. Jadi dalam hal ini kaedah membuat pembayaran bagi bayaran tambahan dikatakan lebih longgar berbanding dengan yuran. Atas perkiraan itu, guru-guru kelas tidak perlulah risau tentang ada pelajar yang tidak akan membuat bayaran tersebut atau melengah-lengahkannya kerana semua perkara itu memang dijangkakan oleh kementerian pelajaran dan sekolah. Tetapi penerangan yang sejelas-jelasnya perlulah diberitahu kepada ibu bapa dan di sinilah hubungan baik dengan ibu bapa yang diwakili oleh PIBG sangat ditekankan.












3 users commented in " Bayaran Tambahan Persekolahan? "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackMACHANG: Jangan bayar! Begitu tegas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada ibu bapa yang tidak mampu membuat bayaran tambahan di sesetengah sekolah yang tinggi dan membebankan.
takde maknanya yuran dihapuskan. banyak kedengaran soseh soseh dari ibubapa ..makin membebankan ada la setelah yuran dihapuskan berbanding sebelum ini.. disesuatu tempat lebih memburukkan keadaan.. baik hapuskan yuran peperiksaan sahaja ..
Selamat Tahun baru Islam 1429 H.
Kenapa yah.. Tahun baru Islam ini tidak semarak tahun baru masehi…. maksudnya gak ada perayaan apa2, minimal tabliq akbar atau apa gitu lah..!!!
jadi sedih, umat islam Indonesia tidak merasakan perjuangan Rasullulah dalam mengembangkan Islam, salah satunya lewat peristiwa Hijrah ke madinah yang diabadaikan oleh Khalifah umar dalam memulai penanggalan Islam.
hati pun tersayat-tersayat melihat Umat ini tak menghargai agamanya sendiri….
TANYA KENAPA……… hmmmmm….. KENAPA TANYA..??
Leave A Reply