APABILA seseorang pelajar yang melakukan salah laku dan perlanggaran disiplin sekolah dihadapkan kepada saya, selepas jelas kesalahan mereka saya selalunya akan memberi mereka pilihan sama ada dirotan, dilaporkan saja kepada polis atau dipanggil ibu bapa. Dalam banyak kes, saya sekadar menyebut pilihan kedua dan ketiga itu, tetapi saya tidak bermaksud berbuat begitu. Taktik memanggil ibu bapa dan polis hanyalah merupakan gertakan bagi menakutkan pelajar terbabit.Kaedah mengajukan pilihan ini akan menjadikan mereka terpaksa menerima hukuman yang mereka tentukan sendiri. Mereka tidak akan menyalahkan kita lagi sebab mereka sendiri yang meminta hukuman itu dilakukan. Agak-agak apakah jawapan yang akan didengar dari mulut mereka apabila dimnta membuat pilihan. Rata-rata mereka menjawab rotan. Maksudnya mereka lebih bersedia untuk dirotan, daripada perbuatan mereka diketahui oleh ibu bapa, apatah lagi jika diajukan kepada polis. Berdasarkan pengamatan saya, pelajar Cina masih mempunyai ketakutan yang kuat kepada ibu bapa mereka. Mereka cukup pantang jika ibu bapa yang sedang bekerja terpaksa datang ke sekolah kerana dipanggil atas salah laku anak-anak mereka. Saya sendiri pernah melihat bagaimana ibu bapa ini menampar anak mereka di depan saya. Pelajar-Pelajar Melayu pula lebih takutkan polis. Ternyata keadaan ini amat berbeza dengan situasi pesalah jenayah di luar sana. Pesalah jenayah ini cukup takut dengan rotan. Mereka lebih rela dipenjara daripada merasai kesakitan dan menanggung parut akibat dirotan yang tidak akan hilang.

















1 user commented in " Antara Rotan, Polis dan Ibu Bapa "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackEmm…
Dulu pernah gak blajar pasal pendidikan.. dan institusi pendidikan ni ada tiga 1. Institusi Keluarga 2. Institusi Masyarakat 3.Institusi Lingkungan.
Menarik juga bila mendengar kaum cina lebih takut dengan ibu bapa..
Melayu pulak takut ngan polis..
Rotan menjadi pilihan adalah lebih selamat dan lebih bertanggung jawab.. tapi tentunya sakit..
cuma, masih tak boleh bayangkan.. kenapa ramai mak bapak yang selalu bela anak mereka yang jelas-jelas bersalah.. Ade tak pengalaman cikgu pasal ni dan apa komen cikgu..
Leave A Reply