Universiti sekarang perlu ada barisan kepimpinan pentadbir yang dihormati dan suara yang boleh mendiamkan pelajar. Pelajar universiti bukanlah terlalu matang untuk membuat keputusan sendiri, dan dalam banyak perkara stail kepimpinan di sekolah tidak boleh dibuang terus daripada menjadi amalan di universiti.

Ia sama keadaannya dengan cara berfikir guru sekolah menengah yang ingin membuang terus cara-cara yang digunakan oleh guru sekolah rendah dalam mendisiplinkan murid-murid yang akhirnya murid berasa berasa bebas melakukan apa sahaja yang ia mahu.

Begitu juga jika anda pentadbir universiti termasuk para pensyarah berfikir bahawa anda ingin membuang terus cara-cara sekolah, dengan mendakwa pelajar sudah cukup matang untuk membuat keputusan sendiri anda silap.

Hakcipta GuruBashid

Protected by Copyscape Plagiarism Tool