GuruBashid mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung laman jualan GuruBashid.com , lebih-lebih lagi kepada para pembeli ebook Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja Ketua Panitia. Semoga mereka yang telah membeli ebook GuruBashid telah dapat memanfaatkan kedua-dua ebook tersebut dengan sebaik-baiknya. Saya bersyukur kepada Allah kerana semakin ramai yang membeli kedua-dua ebook tersebut. Peningkatan ini memberi petunjuk bahawa warga pendidik semakin ingin tahu apakah Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja Ketua Panitia yang dimaksudkan. Dunia pendidikan semakin maju dan gaya pengurusan sesebuah sekolah juga turut meningkat. Semua perkara yang dilakukan mesti dipandu oleh satu dokumen yang lengkap dan tersusun. Begitu juga segala hasil kerja yang dilakukan mesti didokumenkan kerana dokumen tersebut diperlukan sebagai rujukan dan panduan untuk melaksanakan penambahbaikan. Jadi Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja Ketua Panitia yang disusun oleh GuruBashid ini bolehlah dianggap sebagai panduan asas, bagi para guru, terutama pentadbir mengurus tadbir pelbagai fungsi di sekolah mereka bermula dari bidang kurikulum yang menjadi core business sekolah, sehinggalah kepada pengurusan kokurikulum, hal ehwal pelajar, sahsiah, pejabat, kewangan dan sebagainya. Bagi yang masih belum memiliki kedua-dua ebook tersebut bolehlah klik banner di bawah.


















No user commented in " Terima Kasih Kepada Pembeli Ebook "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply