Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung www.gurubashid.com. Terima kasih kami ucapkan kepada anda kerana sudi meluangkan masa untuk membaca di blog ini. Untuk pengetahuan umum, saya adalah penulis bersama di blog ini dan saya yang penguruskan segala sistem penghantaran produk gurubashid.com Memandangkan En. Abd Bashid masih lagi bercuti daripada menulis blog ini, saya mengambil alih untuk menulis sedikit report.
Saya banyak mendapat emel daripada orang ramai yang mahukan produk ini tetapi tidak tahu bagaimana produk ini dihantar memandangkan produk jenis “digital” ini masih baru untuk dipraktikkan dikalangan Guru-Guru terutamanya Guru Malaysia. Saya bertambah bersemangat untuk menjawab pertanyaan demi pertanyaan daripada mereka dengan menerangkan dengan lebih detail lagi mengenai proses penghantarannya supaya pertanyaan yang sama tidak akan berulang lagi dan di masa akan datang saya cuma hanya “linkkingkan” di artikel ini .
Berikut adalah emel pertama yang saya dapat kongsikan kepada anda semua;
PETRUS RAYMOND:
Salam sejahtera,
Saya sangat tertarik dengan tajuk buku tersebut dan ingin tahu cara buku itu dihantar sehingga sampai ke sekolah selepas pembayarannya. Sekolah saya di pedalaman Sabah dan ingin membeli kedua-dua buku berkenaan.
Sila hubungi saya pada talian XXX-XXXXXX
Petrus Ray(PK1)
TQ
Dan ini adalah jawapan saya;
Kepada,
En Petrus Raymond,
Salam Sejahtera dan Terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman Encik, Ini bukanlah buku biasa yang terdapat di kedai-kedai biasa tetapi kedua-dua buku ini adalah “E-BOOK” di mana ia hanya boleh dibaca dengan menggunakan KOMPUTER dan menggunakan SOFWARE/PERISIAN yang kami cadangkan itu iaitu WINZIP dan ADOBE READER ACROBAT. WALAU BAGAIMANAPUN, Encik masih boleh mencetaknya menggunakan printer dan Encik boleh ”binding” seperti buku-buku yang lain supaya Encik dapat membaca tanpa menggunakan komputer seperti bahan bacaan biasa. Tujuan ia dibukukan dengan cara “EBOOK” adalah untuk mengelakkan daripada sebarang perilaku yang tidak bertanggungjawab oleh individu-individu tertentu seperti mencetak rompak dan sebagainya.
Bahan ilmiah seperti E-BOOK ini tidak ada dijual dimana-mana pasaran luar kecuali hanya di internet melalui karyawan ataupun susunan oleh mereka yang berpengalaman. Dalam hal ini, En Abd Bashid Bin Haji Harun adalah karyawan atau penyusun “EBOOK” ini. Sebenarnya, sudah ramai yang membelinya dan sambutan terhadapnya amat menggalakkan.
Cara Penghantaran pula, “E-book” ini akan dihantar melalui emel encik sahaja beserta link laman web untuk mendownloadnya beserta “usename” dan “password” untuk encik mendownload kerana proses penghantaran ini hanya memakan masa tidak sampai sehari jika selepas saja encik membuat pembayaran, encik terus berhubung dengan kami melalui “phone nombor”.. XXX-XXXXXXX atau pun XXX-XXXXXXX( Nama Saya). [Terpaksa disembunyikan, hanya mereka yang benar-benar berminat sahaja boleh mendapatkan no. Tel saya .. :)]
Tetapi sebelum itu, pastikan encik menghantar bukti pembayaran seperti mana langkah demi langkah yang telah kami tunjukkan di www.gurubashid.com . Encik juga boleh membaca biodata pengarang “EBOOK” ini di blog beliau iaitu di http://gurubashid.com/blog/about-us/ supaya encik lebih berkeyakinan dengan kami.
Jika di sekolah encik tiada talian internet, encik boleh pergi ke mana-mana Cyber Cafe dan mendownloadnya terus ke dalam “Pen Drive” Encik dan boleh membawanya pulang ke sekolah dan cetak di sekolah jika perlu. Yang penting jangan sebarkan atau berikan “ebook” ini kepada orang lain kerana ia adalah privacy dan hanya En seorang sahaja yang boleh menggunakannya.
Harap Membantu..
Terima Kasih.
Pesanan: Jangan membuat bayaran melalui kad kredit ketika ini kerana kadar pertukaran semasa sudahpun berubah kepada USD3.348 ketika ini. Kami belum “mengupdatekan” kadar tersebut kepada kadar sekarang dan masih menggunakan USD3.50 sebagai harga sekarang. Untuk Pembelian, lakukan di maybank sahaja dan dapatkan bukti pembayaran/slip daripada bank dan hantarkan ke e-mel ini.
Jika berminat buat bayaran ke:
No. Akaun Maybank: XXXXXXXXXXXX (Nama saya)
Terima Kasih kepada mereka yang menghantar emel kepada saya; dan saya akan berkongsi dengan anda pengalaman demi pengalaman saya kepada pengunjung gurubashid.com sekalian, Insyaallah kita berjumpa lagi di lain waktu.
Terima Kasih,
“Membawa Anda Kepada Sumber Rujukan Yang Sebenar”
















1 user commented in " Sambutan Fail Meja Ketua Panitia dan Manual Prosedur Kerja Amat Menggalakkan "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackBagus kalau buat satu artikel di blog mengenai ebook ini kerana ramai yang masih belum faham ebook ini sebenarnya.
Leave A Reply