Baik dalam fail meja mahupun manual prosedur kerja, carta aliran tidak dapat tidak mesti wujud dan menjadi salah satu elemen penting yang perlu ada.Carta aliran yang terkandung dalam dokumen-dokumen ini perlu ditulis/dilukis dengan menggunakan huruf dan simbol yang lebih besardan diframkan untuk tujuan paparan dan panduan kumpulan sasaran yang terlibat seperti pengguna, guru, pelajar dan sebagainya. Sebagai contoh, carta aliran pergerakan guru dari mula datang ke sekolah sehingga waktu balik perlu dibuat bagi memudahkan mereka mengenal pasti kerja-kerja rutin yang perlu dilaksanakan dalam satu hari itu agar tidak sampai ada yang terlupa melakukannya atau berlakunya keciciran dan kelewatan.Carta aliran kerja bolehlah dimaksudkan sebagai gambaran secara grafik atau gambarajah ke atas tindakan-tindakan yang terlibat dalam aktiviti atau prosedur. Carta aliran kerja diperlukan kerana ia dapat memperlihatkan dengan jelas setiap langkah atau tindakan yang perlu diambil mengikut urutan yang betul,iaitu menunjukkan peringkat permulaan dan peringkat selesai yang dijelaskan secara ringkas.Carta aliran memberikan kefahaman kepada staf mengenai tugas dan tanggungjawab masing-masing. Selain itu, carta aliran juga dapat menunjukkan di mana berlaku kelewatan, “bottleneck’ dan kerja berulang-ulang. Ia juga dapat menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan. Simbol-simbol tertentu digunakan dalam carta aliran. Simbol-simbol itu termasuklah simbol tindakan, simbol aliran, simbol pilihan/keputusan,simbol tindakan serentak dan simbol penyambung.GuruBashid
















No user commented in " Carta Aliran Kerja "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply