GuruBashid® merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan BN yang telah meluluskan bayaran Bonus 1/2 bulan gaji kepada penjawat awam

1 Kerajaan diharapkan tidak mengulangi kesilapan masa lalu dengan membiarkan sahaja tuntutan ini tanpa sebarang tindakan dan menganggapnya tidak memberi implikasi apa-apa.Ini sebenarnya menjadi peluang bagi pihak kerajaan untuk memperlihatkan kepekaan dan keperihatinan mereka dalam memberi keutamaan kepada keperluan rakyat, seperti kakitangan awam

2 Tuntutan ini dibuat setelah begitu lama kakitangan awam mengharapkannya. Kalau dahulu rakyat yang terlibat hanya menyerahkannya kepada CUEPACS, kali ini rakyat sendiri yang mengharapkannya setelah masa sukar yang mereka lalui sekarang.

3 Jangan kecewakan lagi harapan kakitangan awam. Setelah harapan yang diletakkan oleh kerajaan kepada mereka begitu tinggi, maka sebagai balasan kakitangan awam juga turut meletakkan harapan menggunung kepada kerajaan semasa untuk mendengar dan seterusnya memenuhi tuntutan mereka.

4 Kerajaan tidak boleh lagi menggunakan alasan yang sama seperti ketidakmampuan perbelanjaan kerajaan sebab bagi rakyat kerajaan telah membuktikan kemampuan mereka sebelumnya dengan memenuhi apa jua tuntutan rakyat dan meluluskan banyak projek pembangunan tanpa sebarang alasan.

5 Maka sedihlah rakyat yang terlibat jika pada kali ini pun kerajaan masih menggunakan alasan yang sama apabila berhadapan dengan tuntutan kakitangan awam dan kesedihan itu dikhuatiri terbawa-bawa ke pilihan raya umum yang akan datang.

6 Kerajaan harus memadam rasa hiba kakitangan awam ketika kumpulan ini benar-benar memerlukan pertolongan mereka. Dan sekaranglah masa yang terbaik untuk kerajaan membantu kakitangan awam.

7 Jangan biarkan spekulasi mengenai kemampuan kerajaan terus dibuai dan rakyat yang terlibat pula dibiarkan untuk terus membanding-bandingkan apa yang mereka perolehi berbanding apa yang kakitangan swasta perolehi.

Harapan GuruBashid