SAYA sudah lama merindui cara begini. Dia bukan Mahathir, tetapi dia mula menampakkan stail seperti Tun. Dia sudah mula menampakkan kebijaksanaan pertamanya sebagai bakal Presiden UMNO dan insya-Allah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Saya sukakan cara dia memulakan “permainan” ini dan isu pertama yang dia gunakan. Setelah kerajaan ditekan oleh pembangkang terutama DAP dan PKR agar DEB dihapuskan, dia membuat kenyataan berani bahawa unsur-unsur dalam DEB akan dihapuskan secara beransur-ansur. Satu kenyataan yang dilihat oleh ramai pihak bagi meredakan kritikan pembangkang, namun dikira penuh strategi untuk mendapat reaksi spontan dan sokongan orang Melayu terhadap dasar yang dikira baik untuk membela nasib mereka itu. Dengan membuat usikan sebegitu, ia sebenarnya sudah dapat mengukur sejauh mana sokongan orang Melayu terhadap DEB, mendapat reaksi pembangkang, terutama PAS bagi mengenali hati budi mereka. Pemimpin yang bijak mesti ada keberanian mencipta krisis dan dia akan dilihat lebih bijak lagi jika dapat menangani krisis tersebut. Dia mesti mendapat perhatian bangsanya sendiri sebelum melangkah lebih jauh”.GuruBashid