tiewrist-keluaran-kidscreative.pngSelain bidang tarian, kami kanak-kanak di KidsCreative™ juga mempunyai kepakaran menghasilkan seni aksesori berasaskan benang pelbagai warna, seratus peratus buatan tangan hasil sentuhan kreatif dan imaginasi kanak-kanak.

Asalnya seni gelang tangan, tetapi KidsCreative™ juga boleh mengubahsuaikannya menjadi rantai kunci, penanda buku, hiasan pada wallet , beg tangan dan aksesori untuk digantung.

Gelang tangan yang kami beri julukan TieWrist® umpamanya amat sesuai dipakai oleh kanak-kanak sama ada untuk diri sendiri atau sebagai hadiah/cendera mata kepada kawan-kawan.

Lebih menceriakan lagi jika anda dapat memakaikannya sendiri untuk kawan-kawan anda. Gelang tangan TieWrist® kami turut sesuai untuk dipakaikan di pergelangan tangan ibu, kakak dan insan yang anda sayangi di hari jadi dan hari istimewa mereka.

Sambil memakaikannya, anda boleh ucapkan ke telinga mereka selamat hari lahir atau saya sayang kamu.

TieWrist® amat sesuai dijadikan hadiah hari lahir atau hari peringatan tertentu. Seni akesori buatan tangan kanak-kanak daripada benang pelbagai warna ini amat digemari kanak-kanak dari peringkat prasekolah, sekolah rendah hingga ke peringkat menengah.

Kami bercadang membangun laman sesawang kami sendiri untuk mempromosikan TariKids™ dan KidsCreative™

Berikan kami masa selewat-lewatnya 3 hari untuk menyiapkan tempahan anda.

HARGA

50 SEN UNTUK SATU HURUF
MINIMUM 4 HURUF
ANDA BOLEH TENTUKAN SENDIRI WARNA BENANG YANG ANDA SUKA
Ini tidak termasuk harga setem.

E-Mail kami segera untuk tempahan
zarinasuri@yahoo.com

Atau hubungi 016-5915129