Tenang pun kembali tenang
penghukum telah disumpah
yang menang hatinya senang
sambil menyapu muntah jahiliah
Ciptaan GuruBashid
Dari Perspektif GuruBashid
Tenang pun kembali tenang
penghukum telah disumpah
yang menang hatinya senang
sambil menyapu muntah jahiliah
Ciptaan GuruBashid
Saya berbesar hati mengapungkan di laman ini sebuah sajak berjudul “Rumah Ini” hasil nukilan sahabat saya semasa di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.
Rumah Ini
Karya Cikgu Muhammaddiyah
Rumah ini dibina
dengan keringat dan air mata
bertiangkan ilmu
berlantaikan hikmah
beratapkan nurani
berdindingkan falsafah
Rumah ini dibina
dengan cinta dan kasih sayang
menjunjung gunung cita-cita
memartabatkan anak bangsa
di persada antarabangsa
Rumah ini dibina
dengan korban harta berjuta
agar tiap […]
AL-HAMDULILLAH
Tuhan telah memilih anda
SYUKUR
Tuhan mendengar rintihan kita
SYUKRAN
buat para perwakilan
TAHNIAH
buat sof pimpinan
dan akhirnya TERIMA KASIH
daripada kami
RAKYAT JELATA
GuruBashid
lagu konspirasi
didendang kembali
setelah sumpah memakan diri
dan alasan diberi
serba tak menjadi
a.basit harun
setelah ghairah
mengejar kemenangan
lalu kita lelah
di tengah perjalanan
maka berciciran
piala di tangan
kemenangan itu
bukan selalu kebaikan
kekalahan juga
bukan selalu keburukan
tetapi buah tangan
tanda penyayangnya tuhan
di sebalik kekalahan
terhimpun pengajaran
umpama hidangan
bersama manisan
paling nyaman
dari Tuhan
akibah megah
ditimpa kemenangan
kini tuhan menghadiah
sebuah kekalahan
tetapi siapakah antara kita
merasa nikmat mengunyah kekalahan
setelah lahap meratah kemenangan
Nukilan Abd Bashid Harun
Nukilan Zainal Abidin Mohd Zaidi
Bu kulu, bu kelo, bu kulu, bu kelo, bu kulu bu kelo…
Naik motor laju-laju
Hoha kulu hoha kelo
Lepak sane lepak sini hoha sane hoha sini
Bu kulu bu kelo..
Bohsia sana bohjan sini lepak-lepak buang mase
Bu kulu bu kelo bu kulu bu kelo
Anak-anak ku jangan kome bako ghumah kite ini
Dulu moyang kome bine ghumah […]
asalnya pindah
muhammad rasulullah
dari tanah rekah
ke tanah basah
dari mekah mukarramah
ke madinah munawwarah
jua pindah kaedah
dari tegah dengan marah
kepada cegah dengan hikmah
dari suruh dengan lidah
kepada suluh dengan fatanah
yang dituju lebih indah
berbekal al-maidah
bukan berpindah randah
punca jiwa keluh kesah
dan nafsu berbaur ammarah
jika hikmah disanggah
puncaknya darah
yang tumpah
ke tanah lillah
Karya Abd Bashid Harun
Guru itu bukan lagi lilin
yang menyuluh
sedang diri sendiri
dibiar terbunuh
Bukan juga api pelita
membuat udara berjelaga
semakin kelam
dan mungkin juga padam
di tengah malam
Guru itu bagiku
mentari di siangnya
dan purnama di malamnya
menyuluh dengan cahayanya
bukan dengan apinya
Guru itu menilai
bukan dengan jari dan jelir
tetapi dengan dhamir dan fikir
Guru itu mengajar
bagaimana belajar
menjadi insan terpelajar
sedang dia sendiri tekun mendengar
bukannya cakap berdegar
Nukilan Abd Bashid […]
Apa khabar cawangan?
Apa khabar bahagian?
Sudah lama selesai pemilihan
Dah pun ada ketua gagah perkasa
Dah ada pemuda penuh tenaga
Dah ada wanita serikandi bangsa
Puteri pun tak kurang cantik jelita.
Sudahkah dibuat program penyatuan?
Sudahkah dibuat penambahbaikan?
Sudah adakah agenda perpaduan?
Sudah adakah tambahan keahlian?
Atau kerap meninggalkan kawasan
Untuk menghitung nilai sebuah pertemuan
Bagi memenuhi tuntutan si tuan
Yang asyik masyuk dibuai mimpi pemilihan.
Untuk apa sebenarnya […]
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA
(Asal sajak ini dimuatkan dalam ruangan komen, tetapi kerana isi tersiratnya menarik lalu saya angkat sebagai posting.Terima kasih Ti Lian Ker. Pembaca blog ini dijemput ke blog beliau di http://tilianker.blogspot.com)
Oleh Ti Lian Ker
Merdeka, Merdeka, Merdeka
Kita ujud satu bangsa,
kita iktiraf satu bahasa
Tapi mengapa aku tetap Cina,
Mengapa aku kerap di belasah,
Mengapa jiwaku harus gelisah
Mengapa aku […]
![]()
KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.
GuruBashid®

Artikel yang disiarkan di dalam blog ini semuanya hasil idea penulis yang juga pemilik blog Panduan Guru-Guru Malaysia kecuali yang dinyatakan dengan jelas nama penulis asal dan sumbernya. Sebarang ulasan atau komen yang tersiar di laman ini tidak ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan pendirian penulis. Sesiapa sahaja boleh memetik semula keseluruhan atau sebahagian daripada kandungan artikel di laman ini dan menyiarkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen dengan syarat menyebut klausa hakcipta Abd Bashid Harun atau GuruBashid®. Memetik dan memaparkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen tanpa menyebut nama Abd Bashid Harun atau GuruBashid® adalah menjadi suatu kesalahan.
"Pakej Panduan Asas Pendaftaran Akaun Paypal Terlengkap di Malaysia, Di Zaman I.T Ini, Setiap Orang Perlu Ada Satu Akaun Paypal."
"Sudah ramai yang memilikinya sebagai langkah pertama untuk berblog dan membina blog perniagaan anda sendiri...Anda bila lagi??? Klik sekarang ebook di bawah ini!!! Kini, Terhangat di Pasaran Internet Malaysia!!"
"GuruBashid bukannya port para pemimpi, tetapi di sinilah wadahnya semua pelaku bersatu untuk bersetuju menggerak agenda dan tindak. Di GuruBashid® kami mengongsi idea, bukan memaksa idealisme kepada sesiapa. Di sinilah kami membuka minda warga kerja pendidikan ke arah jendela dunia global tanpa sempadan dengan glokal sebagai garis batasan.Di sini kami mengejar bukan dikejar; berlari sambil melakukan lompatan saujana; belajar berguru sambil mengajar berbantu "
" Mengapakah GuruBashid® turut melibatkan diri dalam penulisan berbaur politik. Mengapa tidak diberi tumpuan kepada penulisan berbentuk pendidikan per se seperti yang dihuraikan dalam title Blog “Panduan Guru-Guru Malaysia”? Mungkin itu antara pertanyaan pembaca blog kepada GuruBashid®. GuruBashid® ingin membuat penjelasan di sini bahawa sebab dia gurulah dia patut berbuat begitu.GuruBashid® sedikit pun tidak berasa bersalah melakukannya, sebaliknya berasa bangga kerana dapat melontarkan idea politik beliau untuk dikongsi bersama sekalipun dalam persenan yang sangat kecil. Bagi GuruBashid® ini juga sebahagian daripada tanggungjawab guru kepada negara serta bangsanya yang tercinta.Guru patut menunjuk jalan dengan memberikan bimbingan dan panduan kepada sesiapa sahaja termasuk kepada bapak-bapak menteri dan wakil-wakil rakyat. Malahan ketika ahli politik Malaysia kusut memikirkan jalan yang ingin ditempoh setelah kemelut yang dihadapi,GuruBashid® bersedia menunjukkan jalan itu. GuruBashid® bukan sekadar menunjukkan jalannya, malahan turut menunjukkan lorong-lorong dan alur-alurnya sekali. GuruBashid® mungkin nampak sesuatu yang dilihatnya yang orang lain tidak nampak. Begitu juga orang lain mungkin dapat melihat sesuatu itu dengan jelas ketika GuruBashid® masih kabur tentangnya. Tegasnya pemikiran GuruBashid® plus pemikiran yang lain-lainnya akan membentuk suatu sinergi dan nilai tambah yang berguna untuk memperkukuh parti,kerajaan,agama,bangsa dan negara. Tetapi apabila GuruBashid® menulis tentulah dengan cara-caranya dalam ruang lingkup keterbatasan akal fikirnya.Perbezaan itu jika wujud boleh sahaja diterima dengan minda terbuka. Alasannya mudah. GuruBashid® tidak menulis untuk menjaga hati sesiapa. Yang penting bagi GuruBashid® agama, bangsa dan negara itu yang lebih afdhal untuk dijaga. Membiarkan ahli-ahli politik yang kebingungan tanpa dibantu adalah satu dosa bagi sang guru jika ia tahu solusi dan sarananya.Dalam memberikan pendapatnya dalam bidang politik GuruBashid® memilih pendirian di pertengahan bukannya ekstrim ke kanan atau ke kiri. Atau lebih tepat lagi GuruBashid® tidak memihak kepada mana-mana individu politik. Pendekatan seperti ini dikira lebih baik kerana sebagai seorang pendidik GuruBashid® seperti juga guru-guru yang lain sentiasa berpegang kepada etika perguruan bahawa semua murid mesti dilayan dengan adil dan diberi pengajaran yang serupa tanpa mengira siapa diri murid itu dan keluarganya. Idea politik yang cuba digarap oleh GuruBashid® sentiasa mengambil kira elemen pendidikan dan fikiran di dalam setiap tulisannya. GuruBashid® sedaya upaya mengajak setiap pembaca blog termasuk ahli-ahli politik agar turut berfikir sebagaimana beliau berfikir. Jika semata-mata sembang politik kosong tanpa mencampurkan input pemikiran dan pendidikan, lebih baiklah GuruBashid® tidak mencampuri urusan politik dari awal. Kendatipun begitu seperti yang lainnya juga amat sulit bagi GuruBashid® untuk membebaskan diri sepenuhnya daripada dijelekiti cara berfikir dan gaya urus seseorang yang pernah mendominasi dalam hidupnya. Orang itu boleh sahaja terdiri daripada pemimpin pujaannya, keluarganya, gurunya atau sesiapa sahaja yang begitu berpengaruh di sisinya. Bagi yang mengenali GuruBashid® dan rapat dengannya, mereka tentu tahu siapa individu yang dimaksudkan. Walau apapun bentuk dan sikap yang diambil oleh GuruBashid® dalam penulisannya, dia sentiasa berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa ” kita boleh sahaja berbeza pandangan, tetapi jangan sampai disebabkan perbezaan itu kita berpecah "
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Apr | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||