“Dalam keasyikan kita mengibar Jalur Gemilang, jangan lupa kepada tiang yang menegakkan bendera itu“.GuruBashid
Menyajikan Pelbagai Pandangan Dan Tindakan Strategik Ke Arah Pembentukan Sekolah Bertaraf Dunia-Pegangan Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan, Ketua Panitia, Guru-Guru dan Penuntut Perguruan.GuruBashid turut berkongsi idea konstruktif dalam politik dan isu-isu semasa
“Dalam keasyikan kita mengibar Jalur Gemilang, jangan lupa kepada tiang yang menegakkan bendera itu“.GuruBashid
Kamus Dewan mendefinisikan kata “tabiat” sebagai budi pekerti, pekerti, perangai, watak. Dalam kamus yang sama kata tabiat juga didefinisikan sebagai perbuatan yang selalu dilakukan, kelakuan, tingkah laku.
Perkataan tabiat bukanlah asing di kalangan masyarakat Melayu Islam di negara ini. Kita selalu mendengar frasa tabiat yang baik sebagai lawan kepada tabiat yang buruk. Dalam maksud […]
Dalam keadaan biasa termasuk mengajar saya suka jika kasut saya sedikit longgar. Tetapi apabila saya dijemput untuk menyampaikan ceramah, ucapan, menjadi pengerusi/pengacara majlis atau terlibat dalam pertandingan pidato/bahas, saya akan memilih kasut yang bertali.
Dan menjadi kebiasaan saya untuk mempastikan agar kasut saya dikat dengan kejap sehingga terasa yang kaki saya tercengkam rapat di dalam […]
Semalam sekolah saya menerima dua orang guru pelatih UPSI. Kedua-duanya ditempatkan di sesi petang memandangkan petang yang lebih memerlukan guru. Terima kasih Pengetua. Selepas bertemu dengan Pengetua, mereka menemui saya pula. Saya mengambil kesempatan dengan menerangkan sepintas lalu tentang kedudukan sesi petang.
Saya beritahu mereka bahawa teori yang dipelajari semasa di universiti itu penting.Tetapi ada yang […]
Bukan semua yang kita ada kita luahkan. Ia umpama peperiksaan. Kita hanya menjawab apa yang disoal.
Anda ingin mencurahkan semuanya kerana anda akan berasa puas hati apabila melakukannya. Tetapi oleh kerana sasarannya tidak tepat anda mungkin melupakan sahaja hasrat itu.Atau sebahagian sahaja yang anda curahkan, dan sebahagian lagi terpaksa disimpan sahaja.
Ada perkataan yang anda luahkan […]
“Sebagai Guru saya menulis bukan untuk menggembirakan sesiapa. Dan jika ada yang berdukacita dengan tulisan saya, itupun bukan tujuan saya. Dalam saat seperti ini kita tidak perlu banyak bergembira. Yang merasakan mereka menang sebenarnya tidak cukup menang kerana tiada apa yang boleh dibuat dengan kemenangan seperti itu. Siapakah sebenarnya tangan-tangan tersembunyi di belakang kemenangan kamu […]
” UNTUK diterima orang, kita tidak perlu bersalin pakaian dengan menanggalkan pakaian kita sendiri dan menggantikannya dengan pakaian orang lain. Kita tak akan kelihatan besar dengan berbuat begitu. Untuk dimuliakan orang, terlebih dahulu kita mesti memuliakan diri sendiri dan apa-apa yang dianugerahkan Allah kepada kita. Kita harus memegang panji-panji kita sendiri dan mengibarkannya di […]
Dato’ Ara Jamu Musaper Mi Mun. Inilah ayat yang saya tuliskan di papan hijau sebaik-baik sahaja saya masuk ke kelas 2A1 untuk mengajar mata pelajaran Sejarah. Sejarah adalah mata pelajaran favourite saya, dan semua pelajar tahu itu.
Pelajar-pelajar jegil bijik mata ke arah tulisan itu untuk tahu apakah sebenarnya yang saya maksudkan. Tetapi minggu sebelumnya […]
1)Jika debat menjadi pilihan biarlah hanya untuk acara, tetapi bukan cara untuk menyelesaikan masalah-masalah kita. Untuk menyelesaikan masalah ada pilihan yang lebih baik selain debat. Mungkin penyelidikan dan mungkin juga perundingan.
2)Debat adalah tahap kebolehan berkomunikasi tertinggi yang sesuai bagi mereka yang sudah petah bercakap/berhujah. Jika anda belum pernah menjadi pengacara majlis, atau berucap […]
Apabila seseorang memberikan anda suatu tugasan/kerja apa reaksi anda? Adakah harga diri anda akan bertambah kerana kepercayaan yang diberikan oleh individu tersebut kepada anda. Adakah anda merasakan bahawa orang itu telah meyakini kebolehan anda untuk melakukan kerja tersebut? Atau anda merasakan inilah peluang untuk anda membuktikan kepadanya bahawa dia tidak tersilap pilih apabila menyerahkan tugasan […]
Dengan mengisi e-mel anda di sini, kami akan menghantar terus setiap update dan informasi berguna kpd anda:
Subscribe to Panduan Guru-Guru Malaysia by Email
KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.
GuruBashid
"ClickBank Merupakan Lubuk Emas Bagi Sesiapa Yang Berminat Dalam Program Affiliate, Dapatkan Panduan ClickBank Dari Laman Gurubashid.Com: Ingat!! Hanya Dari Link di Bawah Ini!! Bonus Percuma Menanti Anda"

"Sudah ramai yang memilikinya sebagai langkah pertama untuk berblog dan membina blog perniagaan anda sendiri...Anda bila lagi??? Klik sekarang ebook di bawah ini!!! Kini, Terhangat di Pasaran Internet Malaysia!!"
"GuruBashid bukannya port para pemimpi, tetapi di sinilah wadahnya semua pelaku bersatu untuk bersetuju menggerak agenda dan tindak. Di GuruBashid kami mengongsi idea, bukan memaksa idealisme kepada sesiapa. Di sinilah kami membuka minda warga kerja pendidikan ke arah jendela dunia global tanpa sempadan dengan glokal sebagai garis batasan.Di sini kami mengejar bukan dikejar; berlari sambil melakukan lompatan saujana; belajar berguru sambil mengajar berbantu "
"Pengumuman: Buah avocado yang matang dan masak telah habis terjual atau diberi percuma untuk tujuan promosi. Walau bagaimanapun anda yang berminat masih boleh melihat beberapa jenis pokok buah-buahan yang jarang-jarang terdapat di Semenanjung Malaysia seperti pokok markisa, pokok avocado (termasuk buahnya yang belum matang), pokok tarap, pokok naga dan pokok salak. Anda tidak perlu ke Sabah atau Indonesia kerana anda boleh melihatnya sendiri dengan datang ke Kebun Guru. Sebarang pertanyaan sila email gurubashid@yahoo.com atau telefon 013-5964217"
"A student is the most important client on our school.He/She is not dependent on us. We are dependent on Him/Her. He/She is not an interruption to our work. He/She is the purposes of it. He/She is not an outsider to our services. He/She is a part of it. We are not doing him/her a favour by serving him/her. He/She doing us a favour by giving us an opportunity to do so" STATISTIK LAMAN 2007
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jul | ||||||
| 1 | 2 | |||||
| 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
| 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
| 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
| 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
| 31 | ||||||