Menyajikan Pelbagai Pandangan Dan Tindakan Strategik Ke Arah Pembentukan Sekolah Bertaraf Dunia-Pegangan Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan, Ketua Panitia, Guru-Guru dan Penuntut Perguruan.GuruBashid turut berkongsi idea konstruktif dalam politik dan isu-isu semasa
SELAIN berkongsi pelbagai pandangan dan idea tentang pendidikan dan perguruan di Malaysia, GuruBashid juga cuba membawakan anda perkembangan dunia semasa. Untuk memenuhi hasrat ini GuruBashid menggunakan perkhidmatan TheNewsRoom bagi memastikan liputan yang lebih meluas, gambar yang jelas dan berita yang terkini. Kali ini GuruBashid membawakan anda perkembangan di Darfur (anak saya menyebutnya sebagai dapur).
SEMASA saya bersekolah rendah dahulu salah satu aktiviti yang selalu diminta oleh guru ialah membaca kuat. Tetapi aktiviti membaca kuat itu semakin berkurangan di sekolah menengah. Sebagai gantinya guru meminta kita membaca senyap. Ternyata yang senyap itu lebih banyak daripada yang kuat.Saya masih ingat, saya adalah murid yang menjadi pilihan cikgu untuk membaca kuat, mungkin […]
SELAIN menukarkan pakaian seragam sekolah yang sedia ada, kita patut menukarkan beberapa perkara lain agar ia lebih memenuhi tuntutan semasa dan berorientasikan masa depan. Kita bercakap tentang pembentukan sebuah negara maju menjelang 2020, Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan kualiti pendidikan negara yang bertaraf dunia, namun tanpa kita sedari pelajar-pelajar kita dari sekolah rendah hingga […]
PADA 23 Ogos yang lalu saya diundang menyampaikan ceramah motivasi “persediaan menghadapi peperiksaan” di sebuah sekolah rendah di Taiping. Pertama, saya beritahu mereka yang saya seperti juga motivator yang lain tidak boleh mengubah apa-apa? Ahli-ahli dorongan berkata: no man can change the another man. Maksudnya tak ada sesiapa boleh ubah sesiapa.Yang boleh mengubah hanya Allah. […]
KEJAYAAN yang kita kecapi hari ini bukan sahaja kejayaan yang kita impikan tetapi kejayaan yang kita usahakan. Mula-mula dalam minda, selepas itu dipindahkan di atas kertas dan kemudian disusuli dengan tindakan, dan akhirnya kenyataan. Tidak ada kejayaan yang diperolehi hanya dengan menunggu dan melihat. Ketika kita menunggu, orang lain telah lama meninggalkan kita di hadapan. […]
PADA hari ini, 27.8.2007, Pengarah Buku Teks dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia akan turun ke SMK Simpang, Taiping untuk membuat penilaian terakhir Pertandingan Boss (SPBT) pkt kebangsaan 2007. SMK Simpang telah terpilih bersama 6 lagi sekolah di seluruh Malaysia dalam pertandingan berprestij itu. Pertandingan BOSS merupakan satu langkah drastik kementerian pelajaran untuk mengangkat kedudukan […]
MASALAH kebanyakan sekolah luar bandar ialah ponteng. Pelajar-pelajarnya tidak berminat untuk datang ke sekolah. Tarikan di kampung dan kawasan sekitarnya lebih dominan daripada apa yang boleh ditawarkan oleh sekolah. Belut yang boleh diperoleh di kawasan-kawasan bendang lebih menambat hati mereka daripada guru-guru sekolah yang bijaksana. Masakan tidak, harga sekilo belut boleh mencecah sehingga RM12.00. Anak […]
SAYA percaya tidak ada ahli yang akan menghindari organisasinya daripada diiktiraf di peringkat global kerana pengiktirafan itu sendiri akan membawa keuntungan kepada seluruh anggota organisasi. Marilah kita mulakannya dalam organisasi kelas kita sendiri. Dalam merealisiasikan misi untuk menjadikan sistem pendidikan kita bertaraf dunia, kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi harus dimanfaatkan secara optimum oleh seseorang guru […]
SEBAGAI sebuah organisasi yang kabur dan tidak menentu, sekolah disarankan menonjolkan simbol tertentu, wira, ikon atau lambang. Inilah yang pernah ditonjolkan suatu ketika dahulu. Ia bukan sekadar wujud tetapi dijelmakan melalui semangat dan sikap setiap warga sekolah. Setiap simbol yang dikemukakan harus mudah, tetapi berkesan dan menyentuh. Ia tidak sewajarnya kompleks. Apabila sebut sahaja simbol […]
KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.
GuruBashid
Mari Buat Duit Dengan Adverlets.Com
"ClickBank Merupakan Lubuk Emas Bagi Sesiapa Yang Berminat Dalam Program Affiliate, Dapatkan Panduan ClickBank Dari Laman Gurubashid.Com: Ingat!! Hanya Dari Link di Bawah Ini!! Bonus Percuma Menanti Anda"

"Sudah ramai yang memilikinya sebagai langkah pertama untuk berblog dan membina blog perniagaan anda sendiri...Anda bila lagi??? Klik sekarang ebook di bawah ini!!! Kini, Terhangat di Pasaran Internet Malaysia!!"
"GuruBashid bukannya port para pemimpi, tetapi di sinilah wadahnya semua pelaku bersatu untuk bersetuju menggerak agenda dan tindak. Di GuruBashid kami mengongsi idea, bukan memaksa idealisme kepada sesiapa. Di sinilah kami membuka minda warga kerja pendidikan ke arah jendela dunia global tanpa sempadan dengan glokal sebagai garis batasan.Di sini kami mengejar bukan dikejar; berlari sambil melakukan lompatan saujana; belajar berguru sambil mengajar berbantu "
" Mengapakah GuruBashid turut melibatkan diri dalam penulisan berbaur politik. Mengapa tidak diberi tumpuan kepada penulisan berbentuk pendidikan per se seperti yang dihuraikan dalam title Blog “Panduan Guru-Guru Malaysia”? Mungkin itu antara pertanyaan pembaca blog kepada GuruBashid. GuruBashid ingin membuat penjelasan di sini bahawa sebab dia gurulah dia patut berbuat begitu.GuruBashid sedikit pun tidak berasa bersalah melakukannya, sebaliknya berasa bangga kerana dapat melontarkan idea politik beliau untuk dikongsi bersama sekalipun dalam persenan yang sangat kecil. Bagi GuruBashid ini juga sebahagian daripada tanggungjawab guru kepada negara serta bangsanya yang tercinta.Guru patut menunjuk jalan dengan memberikan bimbingan dan panduan kepada sesiapa sahaja termasuk kepada bapak-bapak menteri dan wakil-wakil rakyat. Malahan ketika ahli politik Malaysia kusut memikirkan jalan yang ingin ditempoh setelah kemelut yang dihadapi,GuruBashid bersedia menunjukkan jalan itu. GuruBashid bukan sekadar menunjukkan jalannya, malahan turut menunjukkan lorong-lorong dan alur-alurnya sekali. GuruBashid mungkin nampak sesuatu yang dilihatnya yang orang lain tidak nampak. Begitu juga orang lain mungkin dapat melihat sesuatu itu dengan jelas ketika GuruBashid masih kabur tentangnya. Tegasnya pemikiran GuruBashid plus pemikiran yang lain-lainnya akan membentuk suatu sinergi dan nilai tambah yang berguna untuk memperkukuh parti,kerajaan,agama,bangsa dan negara. Tetapi apabila GuruBashid menulis tentulah dengan cara-caranya dalam ruang lingkup keterbatasan akal fikirnya.Perbezaan itu jika wujud boleh sahaja diterima dengan minda terbuka. Alasannya mudah. GuruBashid tidak menulis untuk menjaga hati sesiapa. Yang penting bagi GuruBashid agama, bangsa dan negara itu yang lebih afdhal untuk dijaga. Membiarkan ahli-ahli politik yang kebingungan tanpa dibantu adalah satu dosa bagi sang guru jika ia tahu solusi dan sarananya.Dalam memberikan pendapatnya dalam bidang politik GuruBashid memilih pendirian di pertengahan bukannya ekstrim ke kanan atau ke kiri. Atau lebih tepat lagi ia tidak memihak kepada mana-mana individu politik. Pendekatan seperti ini dikira lebih baik kerana sebagai seorang pendidik GuruBashid seperti juga guru-guru yang lain sentiasa berpegang kepada etika perguruan bahawa semua pelajar mesti dilayan dengan adil dan diberi pengajaran yang serupa tanpa mengira siapa diri pelajar itu dan keluarganya. Idea politik yang cuba digarap oleh GuruBashid sentiasa mengambil kira elemen pendidikan dan fikiran di dalam setiap tulisannya. GuruBashid sedaya upaya mengajak setiap pembaca blog termasuk ahli-ahli politik agar turut berfikir seperti dia berfikir. Jika semata-mata sembang politik kosong tanpa mencampurkan input pemikiran dan pendidikan, lebih baiklah GuruBashid tidak mencampuri urusan politik dari awal. Kendatipun begitu seperti yang lainnya juga amat sulit bagi GuruBashid untuk membebaskan diri sepenuhnya daripada dijelekiti cara berfikir dan gaya urus seseorang yang pernah mendominasi dalam hidupnya. Orang itu boleh sahaja terdiri daripada pemimpin pujaannya, keluarganya, gurunya atau sesiapa sahaja yang begitu berpengaruh di sisinya. Bagi yang mengenali GuruBashid mereka tentu tahu siapa individu yang dimaksudkan. Walau apapun bentuk dan sikap yang diambil oleh GuruBashid dalam penulisannya, dia sentiasa berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa ” kita boleh sahaja berbeza pandangan, tetapi jangan sampai disebabkan perbezaan itu kita berpecah "
"A student is the most important client on our school.He/She is not dependent on us. We are dependent on Him/Her. He/She is not an interruption to our work. He/She is the purposes of it. He/She is not an outsider to our services. He/She is a part of it. We are not doing him/her a favour by serving him/her. He/She doing us a favour by giving us an opportunity to do so"
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Dec | ||||||
| 1 | 2 | 3 | ||||
| 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
| 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
| 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
| 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |