” Jika boleh yang lurus mengapa masih hendak yang bengkok?” GuruBashid
Menyajikan Pelbagai Pandangan Dan Tindakan Strategik Ke Arah Pembentukan Sekolah Bertaraf Dunia-Pegangan Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan, Ketua Panitia, Guru-Guru dan Penuntut Perguruan.GuruBashid turut berkongsi idea konstruktif dalam politik dan isu-isu semasa
” Jika boleh yang lurus mengapa masih hendak yang bengkok?” GuruBashid
1 Adakah wujud sebarang perbezaan antara jawatan Pengurus Kanan dengan Pengurus Operasi. Atau mungkin juga jawatan itu sama sahaja. Penulis novel Julia nampaknya tidak konsisten dalam meletakkan jawatan Encik Baharom. Ada kalanya disebut Pengurus Kanan di BMPRO Transport (Baris 8, hal 77) dan ada kalanya disebut Pengurus Operasi (Baris 2 & 3, hal 98).
2 […]
Petikan perenggan terakhir halaman 93 dan 94 dan perenggan berikutnya dalam Novel Julia:
Selepas membaca al-Quran, entah mengapa aku masuk ke bilik abah dan membuka e-mel. Mungkin ada mel baru daripada kawan-kawan di Perth. Ada tiga mel dari Perth dan satu daripada Rashid. Aku mencetak mel itu supaya dapat membaca dengan lebih mudah. Berita daripada Sadia […]
1 Al-Hamdulillah, sudah tiga kali saya habis membaca Novel Julia. Saya perlu membaca dan memahami ceritanya terlebih dahulu agar saya mendapat kepuasaan dan keyakinan sebenar apabila mengajar novel tersebut.
2 Selagi saya belum benar-benar menghayati kandungan novel hasil tulisan Abu Hassan Morad itu, saya diburu rasa bersalah dan berfikir bahawa saya belum layak mengajarkannya.
3 Semua […]
” Setiap kali dia berjaya menangguhkan sesuatu, setiap kali itulah dia menambah satu lagi suntikan dos ketakutan ke dalam tubuhnya. Kelihatannya dia gembira, tetapi sebenarnya dia bertambah takut untuk berhadapan dengan kenyataan yang telah ditentukan untuknya, ” GuruBashid
1 Ada individu tertentu yang cuba membawa perkara yang berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah ke corong perbincangan ilmiah atau mengupasnya dalam kerangka teologi (ilmu kalam) bagi membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh sesiapa sahaja atas alasan Allah itu milik semua.
2 Saya bersetuju jika perbahasan tentangnya berlangsung di kalangan pelajar dalam disiplin teologi dan sasaran perbincangan […]
Kepada Pembaca, Pendukung, Penyokong dan Peminat Blog GuruBashid,
Assalamu’alaikum wr wbt/selamat sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa pemilik blog ini, yang juga penulis laman ini iaitu Abd Bashid bin Harun, yang lebih dikenali dengan panggilan GuruBashid sedang mengubah suai dan menambah baik kandungan yang termuat dalam laman ini untuk dijadikan sebuah buku.
2 Selain untuk memenuhi permintaan rakan-rakan, usaha ini […]
“Apakah beza otak dan minda? Jawapannya otak boleh dibuat sup dan mindalah yang menyedapkan sup itu. Jika otak ialah pisau, ketajaman pisau itulah minda,” GuruBashid
1.Bisikkan kepada diri sendiri saranan yang positif yang mendorong anda ke arah kejayaan. Lakukan ini sekerap yang mungkin. Masa terbaik melakukan saranan positif ialah tempoh antara tidur dan jaga. Bayangkan hanya […]
1 Minggu ini dan minggu-minggu seterusnya adalah minggu yang cukup sibuk buat saya. Saya sudah memaklumkannya kepada isteri dan anak-anak saya tentang apa yang sedang berlaku dan akan berlaku.
2 Pagi tadi saya menyambung ceramah saya dalam bengkel penulisan. Pada hari Selasa yang lalu saya telah memberitahu pelajar-pelajar lepasan UPSR tentang 8 perkara paling asas tentang […]
Peringatan: Teks ini akan disampaikan pada Majlis Penutupan Bulan kemerdekaan SMK Kamunting pada 16 September ini.Teks ini masih tertakluk kepada pengubahsuaian. Tuan/Puan boleh mengambil sepenuh atau sebahagiannya asalkan bertanggungjawab terhadap penulis asalnya-GuruBashid
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,
Tuan Pengetua dan Guru-guru yang dihormati serta para pelajar yang dikasihi.
1 Saya mulakan pidato ini dengan seruan marilah kita bersyukur […]
"Berkuat kuasa mulai hari ini saya akan lebih bertegas kepada komen-komen yang dihantar ke laman ini. Saya dengan ini hanya akan menyiarkan komen yang dihantar oleh individu yang menjelaskan identiti sebenar mereka. Saya mahu membentuk individu yang bertanggungjawab dan berani. Jika saya berani mendedahkan diri saya yang sebenar, mengapa anda tidak?"
GuruBashid mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini yang bilangannya semakin bertambah.Sama ada anda datang sebagai pengkritik atau penyokong,saya tetap berbangga dengan anda kerana anda sebenarnya meminati tulisan-tulisan GuruBashid.Saya mengalu-alukan setiap komen tetapi bukan semua komen yang akan saya siarkan,terutama komen yang mengandungi soalan yang anda sendiri sudah ada jawapannya.Begitu juga komen atau soalan yang cenderung untuk mengajak saya berdebat.Saya bukanlah orang yang gemar berdebat meskipun saya pernah menjuarai debat di peringkat kebangsaan.Jika anda ingin berdebat,laman ini bukanlah wadahnya.Jika anda cenderung untuk memanjangkan saiz cerita anda dinasihati membina laman sendiri.Untuk anda yang begini saya cadangkan blogspot.
GuruBashid
_____________________________
I HAVE always dreamt of a world of peace without any war where the communities of the world live in harmony and help another. Religion, language and skin complexion would no longer be a stumbling block in achieving peace. On the contrary, these factors could be used to appreciate the differences and use it to enrich our world. Come and let us white our souls by starting the wristlet. If we had been using wrist watches or bangles, surely it would be unnecessary to use a tiewrist. However we could foster a stronger and more meaningful relationship with our family members, neighbors, the local community members, members of an organization, school, state, country and even the world by tying a common wristlet as a symbol of love, togetherness, cooperation and global unity. This tying of the tiewrist does not exist among the commoners but also could eventually include the world leaders. I dream of a world one day where leaders of the world in formal functions such as meetings at the United Nations or NAM sharing a common wristlet as a sign of togetherness and cooperation. Let us tie the soul of every human being before we disintegrate even further. We want every human being to appreciate peace, unity and security. Let the slogan “Tie It To Your Heart” be a guidance to us all in this world. Surely this will take time but we at TaliTie are determine to begin it. Its they say “A Journey To A Thousand Mile Begins With The First Step”.
GuruBashid
![]()
KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.
GuruBashid
Artikel yang disiarkan di dalam blog ini semuanya hasil idea penulis yang juga pemilik blog Panduan Guru-Guru Malaysia kecuali yang dinyatakan dengan jelas nama penulis asal dan sumbernya. Sebarang ulasan atau komen yang tersiar di laman ini tidak ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan pendirian penulis. Sesiapa sahaja boleh memetik semula keseluruhan atau sebahagian daripada kandungan artikel di laman ini dan menyiarkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen dengan syarat menyebut klausa hakcipta Abd Bashid Harun atau GuruBashid. Memetik dan memaparkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen tanpa menyebut nama Abd Bashid Harun atau GuruBashid adalah menjadi suatu kesalahan.
"Bagaimanakah kita mahu menjana pendapatan dari internet secara "PASIF"?? "Jika anda ingin menjadi jutawan, Anda perlu melahirkan jutawan di bawah Networking Anda" Saya sudah melakukannya, Kesibukkan masa dengan kerja harian tidaklah menjadi penghalang kepada kejayaan saya. Jangan tunggu lagi, mulakan ia hari ini juga Klik banner dibawah"
"Sudah ramai yang memilikinya sebagai langkah pertama untuk berblog dan membina blog perniagaan anda sendiri...Anda bila lagi??? Klik sekarang ebook di bawah ini!!! Kini, Terhangat di Pasaran Internet Malaysia!!"
"GuruBashid bukannya port para pemimpi, tetapi di sinilah wadahnya semua pelaku bersatu untuk bersetuju menggerak agenda dan tindak. Di GuruBashid kami mengongsi idea, bukan memaksa idealisme kepada sesiapa. Di sinilah kami membuka minda warga kerja pendidikan ke arah jendela dunia global tanpa sempadan dengan glokal sebagai garis batasan.Di sini kami mengejar bukan dikejar; berlari sambil melakukan lompatan saujana; belajar berguru sambil mengajar berbantu "
" Mengapakah GuruBashid turut melibatkan diri dalam penulisan berbaur politik. Mengapa tidak diberi tumpuan kepada penulisan berbentuk pendidikan per se seperti yang dihuraikan dalam title Blog “Panduan Guru-Guru Malaysia”? Mungkin itu antara pertanyaan pembaca blog kepada GuruBashid. GuruBashid ingin membuat penjelasan di sini bahawa sebab dia gurulah dia patut berbuat begitu.GuruBashid sedikit pun tidak berasa bersalah melakukannya, sebaliknya berasa bangga kerana dapat melontarkan idea politik beliau untuk dikongsi bersama sekalipun dalam persenan yang sangat kecil. Bagi GuruBashid ini juga sebahagian daripada tanggungjawab guru kepada negara serta bangsanya yang tercinta.Guru patut menunjuk jalan dengan memberikan bimbingan dan panduan kepada sesiapa sahaja termasuk kepada bapak-bapak menteri dan wakil-wakil rakyat. Malahan ketika ahli politik Malaysia kusut memikirkan jalan yang ingin ditempoh setelah kemelut yang dihadapi,GuruBashid bersedia menunjukkan jalan itu. GuruBashid bukan sekadar menunjukkan jalannya, malahan turut menunjukkan lorong-lorong dan alur-alurnya sekali. GuruBashid mungkin nampak sesuatu yang dilihatnya yang orang lain tidak nampak. Begitu juga orang lain mungkin dapat melihat sesuatu itu dengan jelas ketika GuruBashid masih kabur tentangnya. Tegasnya pemikiran GuruBashid plus pemikiran yang lain-lainnya akan membentuk suatu sinergi dan nilai tambah yang berguna untuk memperkukuh parti,kerajaan,agama,bangsa dan negara. Tetapi apabila GuruBashid menulis tentulah dengan cara-caranya dalam ruang lingkup keterbatasan akal fikirnya.Perbezaan itu jika wujud boleh sahaja diterima dengan minda terbuka. Alasannya mudah. GuruBashid tidak menulis untuk menjaga hati sesiapa. Yang penting bagi GuruBashid agama, bangsa dan negara itu yang lebih afdhal untuk dijaga. Membiarkan ahli-ahli politik yang kebingungan tanpa dibantu adalah satu dosa bagi sang guru jika ia tahu solusi dan sarananya.Dalam memberikan pendapatnya dalam bidang politik GuruBashid memilih pendirian di pertengahan bukannya ekstrim ke kanan atau ke kiri. Atau lebih tepat lagi ia tidak memihak kepada mana-mana individu politik. Pendekatan seperti ini dikira lebih baik kerana sebagai seorang pendidik GuruBashid seperti juga guru-guru yang lain sentiasa berpegang kepada etika perguruan bahawa semua pelajar mesti dilayan dengan adil dan diberi pengajaran yang serupa tanpa mengira siapa diri pelajar itu dan keluarganya. Idea politik yang cuba digarap oleh GuruBashid sentiasa mengambil kira elemen pendidikan dan fikiran di dalam setiap tulisannya. GuruBashid sedaya upaya mengajak setiap pembaca blog termasuk ahli-ahli politik agar turut berfikir seperti dia berfikir. Jika semata-mata sembang politik kosong tanpa mencampurkan input pemikiran dan pendidikan, lebih baiklah GuruBashid tidak mencampuri urusan politik dari awal. Kendatipun begitu seperti yang lainnya juga amat sulit bagi GuruBashid untuk membebaskan diri sepenuhnya daripada dijelekiti cara berfikir dan gaya urus seseorang yang pernah mendominasi dalam hidupnya. Orang itu boleh sahaja terdiri daripada pemimpin pujaannya, keluarganya, gurunya atau sesiapa sahaja yang begitu berpengaruh di sisinya. Bagi yang mengenali GuruBashid mereka tentu tahu siapa individu yang dimaksudkan. Walau apapun bentuk dan sikap yang diambil oleh GuruBashid dalam penulisannya, dia sentiasa berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa ” kita boleh sahaja berbeza pandangan, tetapi jangan sampai disebabkan perbezaan itu kita berpecah "
"A student is the most important client on our school.He/She is not dependent on us. We are dependent on Him/Her. He/She is not an interruption to our work. He/She is the purposes of it. He/She is not an outsider to our services. He/She is a part of it. We are not doing him/her a favour by serving him/her. He/She doing us a favour by giving us an opportunity to do so"
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Aug | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | ||