Salam sejahtera buat semua pembaca,peminat dan pengunjung blog GuruBashid. Saudara/Saudari,
Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad Menjadi Perdana Menteri banyak pemikiran dan tindakan yang beliau tampilkan berbeza daripada kebanyakan pemimpin yang lahir sebelum mahupun selepasnya. Malahan sehingga sekarang pun ada sesetengahnya masih tidak tahu mengapa cara begitu yang menjadi pilihan Tun Dr Mahathir. Tetapi walau apapun caranya, dan apa pun alasan yang diberi, beliau dianggap oleh ramai pihak begitu berjaya pada zamannya dan kejayaan itu begitu ketara kesannya hingga ke hari ini. Inilah dinamakan legasi atau peninggalan Mahathir. GuruBashid selaku pengamat pemikiran dan tindakan beliau, dari dahulu lagi cuba mengupas setiap pemikiran dan tindakan mantan Perdana Menteri itu yang dianggapnya begitu bitara (unik), berani, melampaui zaman tetapi berkesan. GuruBashid dengan berani mengatakan bahawa Tun Dr Mahathir nampak apa yang lain tidak nampak.
2. Atas kekaguman beliau terhadap keberkesanan pemikiran dan tindakan mantan Perdana Menteri itulah beliau menerbitkan E-buku ini yang diberi judul “Koleksi Artikel Abd Bashid Harun: Mengandungi Pelbagai Pandangan Kritikal Tentang Pelbagai Isu”. Koleksi ini mengandungi 19 tajuk yang sebahagian besarnya memperincikan pemikiran dan tindakan mantan perdana menteri itu. Di samping itu GuruBashid yang turut terkesan dengan cara berfikir Tun turut mengemukakan pelbagai pandangan peribadi beliau sendiri tentang pelbagai isu yang berkaitan pendidikan, agama, politik dan beberapa isu lain.
3. Sebahagian artikel ini pernah tersiar dalam akhbar Berita Harian, blog-blog tertentu dan Portal VirtualFriends.
4. E-buku yang pertama seumpamanya dilihat bakal menjadi rebutan ramai khususnya yang ingin melihat kekuatan di sebalik pemikiran dan tindakan Tun Dr Mahathir, apatah lagi ia diberi kupasan dan sentuhan berani dan bitara dengan gaya penulisan tersendiri oleh GuruBashid. Ia sesuai dibaca oleh semua penuntut sekolah menengah, remaja aktif, pelajar pusat pengajian tinggi, guru-guru, pensyarah, ahli-ahli politik, tokoh-tokoh korporat, pemikir dan sesiapa sahaja sama ada di daqlam mahupun di luar negeri, apatah lagi dalam suasana bahang pilihan raya umum yang akan datang. ModelNiaga Dot Com rakan kongsi GuruNiaga sekali lagi diberi tanggung jawab mereka bentuk kulit e-buku ini dan mengedarkannya.
5. E-Buku ini akan dijual diedarkan dengan harga RM10.00 senaskah sebelum dinaikkan kepada RM20.00 menjelang Februari 2008.
6. Rebutlah peluang ini dan jadilah pembaca yang pertama.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat daripada saya,
( MUHAMAD SUHAILI BIN SHAHRUDDIN ) ModelNiaga Dot Com
29 Disember 2007
Sila klik: http://www.artikel-asli.gurubashid.com/












No user commented in " PraPelancaran: Koleksi Artikel Abd Bashid Harun "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply