Kepada Pembaca, Pendukung, Penyokong dan Peminat Blog GuruBashid,
Assalamu’alaikum wr wbt/selamat sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa pemilik blog ini, yang juga penulis laman ini iaitu Abd Bashid bin Harun, yang lebih dikenali dengan panggilan GuruBashid sedang mengubah suai dan menambah baik kandungan yang termuat dalam laman ini untuk dijadikan sebuah buku.
2 Selain untuk memenuhi permintaan rakan-rakan, usaha ini dikira dapat memberi manfaat kepada ramai orang yang lebih gemar membaca sebuah buku daripada melayari blog.
3 Sesungguhnya untuk merealisasikan harapan murni ini agar benar-benar menjadi kenyataan pihak teknikal laman ini memerlukan sokongan padu daripada tuan/puan.
4 Usaha ini memerlukan kos yang agak tinggi khususnya untuk menampung bayaran kos cetak, reka bentuk kulit, susun atur, kerja-kerja prapercetakan, promosi(iklan) dan pengedaran.
5 Sehubungan itu pihak kami memerlukan sokongan Dato’ Seri/Datin Seri/Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan/Sdr/Sdri dan semua pembaca/peminat laman ini serta sesiapa sahaja yang mahu membaca dan menyelami pemikiran GuruBashid.
6 Saya turut memohon jasa baik Dato’ Seri/Datin Seri/Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan/Sdr/Sdri memberitahu berita baik ini kepada rakan-rakan dan kenalan.
7 Mereka yang yang menyumbang RM35.00 dan ke atas akan dihadiahkan buku ini apabila disiapkan nanti. Hulurkanlah sumbangan tersebut dengan menyalurkannya terus ke akaun Bank Rakyat bernombor 220261277320.
8 Pungutan ini akan dibuat sehingga bulan MAC 2010 dan dijangka siap untuk dipasarkan pada MEI 2009.
9 Jika jumlah pungutan tidak sampai mencapai kos untuk mencetak 5000 naskhah yang awal yang dianggarkan RM35.00 sebuah, mereka yang menyumbang akan menerima sebuah naskhah ebook.
10 Sila hubungi pihak kami melalui email di gurubashid@yahoo.com sebaik-baik sahaja pembayaran dibuat dengan menyatakan sekali nama penuh, jumlah sumbangan, alamat pos atau email bagi memudahkan pihak kami menghubungi tuan/puan.
11 Kerjasama dan sokongan Dato’ Seri/Datin Seri/Dato’/Datuk/Tuan/Puan/Sdr/Sdri amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, harap maklum.
( ZARINA BINTI ABBAS )















2 users commented in " Pemikiran GuruBashid: Dari Blog Ke Buku "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSalam 1Malaysia…
Syabas. Akhirnya kau tahu juga di mana peluang nak buat duit. Kah! Kah! Kah! Pemikiranmu pung nak dijual. Kah! Kah!Kah! Wooi ada orang nak beli ke. Kah! Kah! Kah!
Yang pastinya demong lebor daon mai baca juga…….
Leave A Reply