1 Saya bersyukur kepada Allah kerana atas pertolongan-Nya saya telah berjaya menerbitkan Modul Pengurusan dan Kepimpinan Majlis Ketua Tingkatan (MKT) pada hari Rabu yang lalu setelah mengambil masa lebih kurang sebulan lebih untuk menyiapkannya.

2 Lebih menggembirakan lagi modul itu disiapkan setelah saya berjaya menghasilkan Modul Kepimpinan Pengawas pada 15 Januari yang lalu setelah memulakan penulisannya semenjak awal Disember 2010.

3 Ini bermakna dalam Tahun 2011 sahaja saya telah berjaya menghasilkan dua modul kepimpinan murid sekolah menengah.

4 Kedua-dua modul ini akan dijadikan ebook dan diusahakan bersama suhail.inc yang akan dijual pada harga RM50.00 setiap sebuah.

5 Tuan/Puan dan sesiapa sahaja tidak boleh mengambil atau memetik apa jua tulisan saya dalam blog ini, khususnya berkaitan Modul Kepimpinan Pengawas dan Modul Pengurusan dan Kepimpinan MKT tanpa keizinan daripada saya.

6 Jika tuan/puan ingin memiliki modul ini dalam bentuk e-book sila tunggu kehadirannya sedikit masa lagi.

7 Jika tuan/puan mahukan tulisan dalam bentuknya yang asal serta berhajat membuat pindaan, penambahan atau penambahbaikan terhadap modul tersebut untuk disesuaikan dengan keperluan sekolah, tuan/puan boleh membelinya daripada saya mulai sekarang, tetapi saya akan mengirimkannya dalam bentul e-mail, namun harga yang dikenakan di sekitar RM500 dan ke atas.

8 Tuan/Puan juga boleh menjemput saya menyampaikan ceramah atau bimbingan kepada Pengawas sekolah, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan dengan bayaran RM1500 untuk kursus separuh hari (8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari).

9 Jika tuan/puan berminat membeli modul tersebut atau menjemput saya untuk memberikan ceramah/kursus sila e-mail saya di gurubashid@gmail.com atau menelefon saya di nombor 013-5876252.

Abd Bashid Harun