Assalamu ‘alaikum wr wbt/Salam Sejahtera. Kepada Pengetua/Guru Besar, Penolong-Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan, Ketua-Ketua Panitia, Guru-guru dan Pengunjung-pengunjung blog gurubashid.com sekalian. Semalam iaitu 10 hb November 2007, saya sukacitanya mahu memberitahu terutamanya guru-guru Malaysia tentang “Update” laman Web Pakej Guru Malaysia anda iaitu Gurubashid.Com. Kini, segalanya telah saya ungkapkan dalam langkah demi langkah untuk membuka fail yang bernama “E-Book”.Tujuan saya update laman web tersebut adalah ingin memudahkan kerja anda untuk membuat rujukan bagaimana untuk membuka fail zip dan pdf tersebut. Di sebabkan pakej sebegini masih baru bagi bahan-bahan jenis ilmiah ini, jadi saya mengambil langkah ini sebagai satu kesinabungan kepada produk lain. Ini bermakna bukan hanya “Ebook fail Meja Ketua Panitia” dan “Manual Prosedur Kerja” sahaja yang boleh dibuka melalui cara ini tetapi hampir kesemu produk yang bernama ebook mesti dibuka dengan cara ini.

Walaubagaimanapun sekitar 2-3 bulan ini masih tiada lagi aduan tentang cara untuk membuka fail tersebut di kalangan guru-guru kita tetapi di masa akan datang nanti siapa yang nak tahu bukan? Ini bermakna revolusi ebook ini telah lama meluas di kalangan guru-guru kita. Tahniah Guru Malaysia!!. Kepada guru-guru yang masih belum mendapatkan produk tersebut untuk rujukan anda, bolehlah dapati di laman web www.gurubashid.com, selain digunakan untuk tujuan pekerjaan anda, ia juga boleh dibuat rujukan di masa akan datang dan menambah sedikit ilmu tentang Fail Meja Manual Prosedur kerja ini.

P/S: Cikgu Bashid masih bercuti lagi, hari ni dah masuk 1 Zulkaidah. Kepada semua bakal jemaah haji, mungkin juga ada antara guru-guru kita yang pergi menunaikan haji pada tahun ini, saya ucapkan Selamat Menunaikan Fardhu Haji. Semoga Ibadah anda diterima Allah dan memperolehi haji yang Mabrur.. Insyaallah.

Pp/s: Suhaili dah habis exam. Balik sedikit hari lagi..