1 Novel Kembara Amira sarat dengan persoalan. Novel karya Amer Hmzah itu juga kaya dengan info. Watak utama, Amira Amir anak gadis Prof Zaidah, ahli arkeologi dari sebuah universiti tempatan digambarkan sebagai seorang yang mengetahui banyak perkara, dari dunia arkeologi, sehinggalah kepada astronomi, botani dan pengkomputeran.
2 Itai, sahabat baik Amira yang ditemuinya di hutan, seorang anak remaja dari suku kaum asli Semai bukan sahaja digambarkan kaya dengan pengetahuan tentang hutan tanah kelahirannya,tetapi juga bijak dan kadang-kadang jauh lebih bijak daripada Amira sendiri.
3 Itai yang ketika di hutan hanya berseluar pendek, tidak berbaju dan memegang buluh
sumpit rupa-rupanya seorang murid yang genius sehingga dapat bersaing dengan penuntut di bandar apabila muncul sebagai naib johan dalam suatu pertandingan berkaitan sains.
4 Daripada perbualannya Itai jelas mempunyai penguasaan kosa kata yang sangat luas serta menguasai beberapa istilah saintifik dengan begitu baik. Begitulah Amer Hmzah menggambarkan watak-wataknya yang seolah-olah serba tahu.
5 Selain itu, novel ini juga sarat dengan nilai kasih sayang, dari kasih sayang anak kepada ibu bapa, kepada kasih sayang antara sahabat, antara kaum, antara majikan dengan pekerja, antara manusia dan alam.
6 Tetapi yang lebih menarik lagi bagaimana pengarang memilh hutan; bukan rumah, bukan kampung dan bukan juga pekan untuk menyerlahkan dan menyegarkan nilai kasih sayang yang menjadi tema novel ini.
7 Di Bukit Mat Raya,yang terletak nun jauh di banjaran Titiwangsa, bukan di bandar raya atau di hari raya nilai kasih sayang dibuktikan.Sebahagian orang mengenali hutan sebagai tempat yang penuh dengan binatang buas, kegelapan dan ketakutan, namun di hutan yang cuba dijauhi oleh ramai orang inilah pengarang menjawab persoalan yang berkaitan nilai kasih sayang dan persahabatan yang datang secara semulajadi.
Hakcipta Abd Bashid Harun











No user commented in " Kembara Amira Sebuah Novel Yang Sarat "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply