Universiti sekarang perlu ada barisan kepimpinan pentadbir yang dihormati dan suara yang boleh mendiamkan pelajar. Pelajar universiti bukanlah terlalu matang untuk membuat keputusan sendiri, dan dalam banyak perkara stail kepimpinan di sekolah tidak boleh dibuang terus daripada menjadi amalan di universiti.

Keadaan ini sama seperti guru-guru sekolah menengah yang terus mahu membuang cara-cara guru sekolah rendah dalam mendisiplinkan murid-murid Tingkatan 1 dan Peralihan yang akhirnya kita dapati murid-murid ini mendapat kebebasan yang tidak pernah mereka dapat semasa di sekolah rendah sehingga murid yang asalnya baik mula menjadi tidak baik lagi di sekolah menengah.

Begitu juga halnya jika pihak pentadbir universiti termasuk pensyarahnya berfikir bahawa mereka mahu membuang terus cara-cara yang digunakan oleh guru-guru sekolah menengah, atas alasan pelajar universiti sudah cukup matang untuk membuat keputusan sendiri mereka tersilap.

Hakcipta Abd Bashid Harun

Protected by Copyscape Plagiarism Tool