Rupa-rupanya kita tidak boleh dimanjakan sangat takut-takut kemanjaan itu akan melupakan kita kepada asal-usul dan jati diri kita. Pemujaan majoriti orang Melayu kepada orang putih(panggilan untuk penjajah British) yang konon-kononnya tidak menimbulkan masalah kepada kita menyebabkan kebanyakan orang Melayu berterima kasih kepada orang putih. Orang putih menyediakan segala kemudahan seperti klinik, hospital, sekolah, pejabat pos, jalan raya, dan jalan keretapi. Dalam keadaan ini ramai orang Melayu yang berasa terhutang budi dengan orang putih. Sebagai balasannya mereka lebih bersedia menjadi hamba kepada orang putih. Mereka sangat menghormati orang putih sehingga orang putih dipanggil Tuan. Itulah cara halus orang putih untuk mengekalkan ketuanannya di Tanah Melayu yang tidak disedari oleh sebahagian besar orang Melayu. Tetapi apabila Jepun datang, dan memerintah negara ini orang Melayu dihimpit kesusahan. Bekalan makanan tidak mencukupi. Maka orang Melayu yang seperti ini membandingkan betapa Inggeris lebih baik daripada Orang Jepun. Perbandingan mereka hanya satu iaitu zaman orang Putih mereka cukup makan dan pakai, sedangkan zaman Jepun duit banyak tetapi makanan seperti beras tidak mencukupi. Tetapi orang Melayu tidak sedar betapa dalam era pemerintahan Jepun yang sengsara itulah mereka sudah mengorak langkah untuk mengusahakan tanah yang kosong dengan berkebun, menanam pisang, ubi kayu dan sebagainya. Kesengsaraan zaman Jepun adalah rahmat kepada kesedaran orang Melayu. Dengan disiplin Jepun orang-orang Melayu yang selama ini tidak pernah memanjat, berupaya memanjat pohon kelapa untuk mendapatkan buah kelapa. Sebab itu orang Melayu patut berterima kasih kepada Jepun yang meniupkan semangat Asia untuk orang Asia, maksudnya Tanah Melayu adalah untuk orang Melayu.Hakcipta GuruBashid

















No user commented in " Terima Kasih Jepun "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply