Assalamu’alaikum wr wbt
1 Maafkan saya jika agak terlambat memahami PAS semasa berbanding PAS yang lebih awal.Sudah lama timbul pertanyaan di hati saya mengapa PAS terus menerus memusuhi saudaranya dalam UMNO dan melayan UMNO seperti musuhnya yang nyata sebaliknya menerima musuh-musuh umat Islam dan musuh negara seperti DAP dan Anwar.
2 Jika PAS masih tidak menerima UMNO tidaklah menjadi kehairanan buat saya sebab itu menjadi lawan tradisinya dalam politik, tetapi yang menjadi kehairanan saya mengapa ketika PAS menolak untuk bekerjasama dengan UMNO,pada masa yang sama telah menjalin hubungan dengan musuh-musuhnya yang terdahulu yang turut menjadi musuh kepada umat Islam dan negara ini.
3 Malahan hubungan antara PAS dengan DAP dan Anwar semakin lama semakin intim. Namunhakikatnya hubungan itu agak berat sebelah apabila PAS seolah-olah membiarkan dirinya dicatur oleh DAP dan Anwar. Islam yang sepatutnya memimpin dan ‘ulamak yang sepatutnya mendahului, nampaknya tidak berlaku lagi dalam PAS.
4 Ulama’ dalam kalangan mereka yang dahulunya senada dengan ulama’ UMNO apabila mempertahankan sesuatu yang menyangkut persoalan umat Islam sendiri tidak lagi berani bercakap benar untuk menegakkan sesuatu yang wajib dipertahankan bersama seperti soal aqidah dan ibadah.
5 Pada masa yang sama mereka membiarkan orang bukan Islam daripada DAP bercakap mengenai Islam semahunya dan sebebasnya meskipun percakapan itu begitu menyinggung umat Islam di negara ini. Dan apabila UMNO menyanggahnya,bukan mereka yang akan menyebelahi UMNO sebaliknya mereka akan menyokong kenyataan bukan Islam itu dan menuduh UMNO dengan macam-macam tuduhan.
6 Sesungguhnya sebagai orang Islam saya tidak gembira dengan keadaan ini. Sesunggguhnya saya masih bersaudara dengan semua orang Islam di seluruh dunia walau apa sahaja anutan politik dan pendekatan yang diambil mereka, tidak terkecuali ahli PAS sendiri.
7 Perbezaan fahaman politik yang saya pegang tidak akan menyebabkan saya berasa terselamat apabila saudara-saudara saya dalam PAS telah terpesong jauh daripada kebenaran hanya disebabkan tindak tanduk pemimpin parti politik yang mereka sertai yang lebih mengutamakan politik daripada agama Islam.
8 Pengikut-pengikut PAS dan ahli-ahlinya telah dibawa jauh ke jalan yang salah, tetapi rata-rata mereka masih berasa yang mereka berada dalam kebenaran. Kepala mereka disumbat dengan sesuatu yang kononnya fakta lewat ceramah demi ceramah para pemimpin mereka yang tidak lain melainkan bersifat politik semata-mata.
9 Majoriti ahli PAS sekarang ini lebih terdidik melalui ceramah-ceramah pemimpin mereka.Mereka menerima semuanya sebagai ajaran agama.
19 Dalam realitinya mereka bukan tidak tahu yang pemimpin mereka tidak lagi memperjuangkan Islam, tidak lagi menjadikan hudud sebagai agenda perjuangan, sanggup memusuhi saudara Islam mereka pada tahap yang melampau dan mendo’akan laknat ke atas mereka di masjid-masjid dan surau-surau, sanggup mempertahankan salah laku Anwar yang jelas menjadi musuh kepada Islam dan negara ini, sanggup bekerjasama dengan DAP dan sanggup mengeluarkan fatwa yang sangat terpesong daripada ajaran agama.
20 Apakah semua ini dilakukan atas alasan mereka mahu bertaqiyyah.Inilah yang saya dengar mutakhir ini. Jika dakwaan yang menyatakan PAS telah menggunakan jalan taqiyyah itu benar, taqiyyah menurut cara-cara PAS itu adalah salah dan terpesong.
21 Sebenarnya itu bukan taqiyyah, melainkan penyembunyian kebenaran oleh golongan Sabaiyyah yang bukan sahaja menjadi musuh syiah ismailiah, syiah ithna asyariah dan syiah imamiyah, tetapi juga musuh kepada cabang-cabang syiah yang lain.
22 Maka sesiapa yang mengaitkan dirinya dengan sabaiyyah ia bukan sahaja menjadi musuh kepada golongan syiah yang lain tetapi juga menjadi musuh kepada seluruh umat Islam. Dalam dada mereka ada agenda jahat yang amat berbahaya kepada seluruh umat dan negara Islam.Mereka lebih bahaya daripada munafiq. Jika munafiq hatinya tidak bersama-sama kita, tetapi sabaiyyah bukan sahaja pedang mereka menghala ke arah kita tetapi hati-hati mereka amat memusuhi kita.
23 Mereka ini akan bersedia berkompromi dengan mana-mana musuh islam dan mengambil apa jua cara untuk mengejar dan mencapai cita-cita mereka. Sesungguhnya orang Islam wajib menghindari daripada golongan sabaiyyah ini.
24 Itu bukan taqiyyah, tetapi penyembunyian kebenaran yang bakal merosakkan agama, bangsa dan negara. Mereka hanya memahami taqiyyah pada kulitnya dan sekadar mengambil kesempatan melalui kaedah itu, tetapi mereka cuba pula mengamalkannya secara yang salah.
25 Jika itulah taqiyyah yang PAS fahami, maka taqiyyah itu tertolak dan syiah ithna asyariah atau syiah imamiyah menghindari diri daripada taqiyyah yang sedemikian rupa. Sesungguhnya mengaitkan taqiyyah yang sebegitu dengan imam khoemeni atau mana-mana imam 12 syiah adalah suatu pembohongan besar PAS.
Ustaz Abd Bashid Bin Harun
Mantan Yang Di-Pertua
Persatuan Guru Ugama Kebangsaan Sabah (PGUKS)











No user commented in " Taqiyyah Dalam Demokrasi PAS Adalah Bukan Daripada Ajaran Islam "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply