” Nombor 1 dalam perpaduan menjadi keperluan yang wajib diusahakan dan mesti berlaku memandangkan rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Sebab itu tulisan angka 1 yang dirapatkan dengan kata Malaysia mesti dikekalkan sampai bila-bila sebab itu memberi gambaran bahawa penyatuan bukan sahaja dalam kenyataannya tetapi dalam simboliknya juga.Jadi tulisan yang memisahkan antara angka 1 dengan kata nama khas Malaysia mesti dielakkan sama sekali sebab itu sudah lari daripada tulisan asal 1Malaysia yang mempunyai semangat dan roh ke arah penyatuan itu,” GuruBashid
1 SUDAH masuk setahun Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia.Dan sudah setahunlah rakyat di negara ini merasa getaran daripada stail dan gaya kepemimpinan serta sentuhan pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang keenam itu.
2 Saya tidak mahu berlebih-lebihan mengulas tentang pencapaian Najib.Alasannya mudah, bukankah ini adalah tahun pertama pemerintahan beliau di mana di peringkat ini beliau baru memulakan sesuatu idea, strategi, taktik, dasar dan pendekatan. Beliau baru sahaja mengapungkan semuanya itu dan yang paling baru ialah Model Ekonomi Baru (MEB).
3 Tetapi sebagai rakyat yang sentiasa mengikuti dengan teliti setiap yang dibuat oleh pemimpin negara sejak era Tun Dr Mahathir dan Pak Lah di mana banyak penulisan tentang mereka ditulis dalam blog ini, saya berani menyatakan bahawa idea, strategi dan pendekatan yang dibuat oleh Najib itu menepati keperluan sebenar rakyat Malaysia.
4 Semua yang beliau kemukakan sebagai slogan, dasar dan pendekatan itu jelas menampakkan kepada kita yang beliau telah meneliti, memilih dan menyaringnya terlebih dahulu agar hanya yang terbaik dan paling sesuai yang dikemukakan kepada rakyat Malaysia.
5 Sebab itu apa yang dibuat oleh DS Najib jelas terasa auranya dan sebahagiannya jauh lebih pantas kesannya di hati rakyat berbanding dengan idea yang dibuat oleh Perdana Menteri sebelumnya.
6 Walaupun kesan sebenar ke atas perpaduan kaum, ekonomi negara dan pendapatan rakyat khususnya di luar bandar masih belum ketara namun bunga-bunga yang cantik, mewangi dan menyenangkan hati rakyat sudah mula nampak dan dapat dihidu daripada idea, strategi, dasar dan pendekatan yang diambil beliau.
7 Maknanya DS Mohd Najib selaku Perdana Menteri telah memulakan tahun pertamanya dengan baik dengan suatu persembahan yang baik dan menarik. Permulaan yang baik dengan satu persembahan yang baik dan menarik tentunya memudahkan bagi pencapaian yang seterusnya.
8 Sekarang, semua orang di negara ini tanpa mengira kaum ingin menjadi orang nombor 1. Nombor 1 adalah yang terbaik. Orang lebih nampak sesuatu yang berada di kedudukan nombor 1 daripada yang lain-lainnya.
9 Ia sesuai sekali dengan ungkapan ahli-ahli dorongan yang sering memberi semangat kepada kita supaya menjadi pemenang pingat emas, bukan perak dan bukan juga gangsa.
10 Sebabnya mudah pingat emas atau nombor 1 itulah yang didambakan dan menjadi objektif semua orang sedangkan yang lain-lainnya selalu dilupakan orang.
11 Beliau sendiri berada pada kedudukan nombor 1 sebab beliau adalah Perdana Menteri Malaysia dan kini beliau melengkapkannya dengan satu lagi nombor satu iaitu 1Malaysia.
12 Nombor 1 di Malaysia sudah menjadi kegilaan. Di mana-mana pun anda pergi orang sudah mula mesra dengan nombor 1. Setiap program yang dibuat di pelbagai peringkat, kerajaan dan swasta semuanya akan dikaitkan dengan nombor 1. Lebih tepat lagi dengan 1Malaysia.
13 Begitulah kuatnya pinangan nombor 1 yang terkandung dalam slogan 1Malaysia. Nombor 1 telah berjaya memotivasikan rakyat Malaysia.Malahan slogan 1Malaysia pada pandangan saya jauh lebih cepat menambat hati rakyat berbanding Malaysia Boleh suatu ketika dahulu.
14 Jika Malaysia Boleh masih dilihat subjektif dan orang ramai masih mencari-cari setakat mana kebolehan itu, 1Malaysia pula begitu jelas iaitu mahu menjadikan Malaysia nombor 1 dalam segenap bidang dengan dua perkara menjadi paksinya iaitu nombor 1 dalam perpaduan dan nombor 1 dalam pencapaian.
15 Nombor 1 dalam perpaduan menjadi keperluan yang wajib diusahakan dan mesti berlaku memandangkan rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Sebab itu tulisan angka 1 yang dirapatkan dengan kata Malaysia mesti dikekalkan sampai bila-bila sebab itu memberi gambaran penyatuan bukan sahaja dalam kenyataannya tetapi dalam simboliknya juga.
16 Jadi tulisan yang memisahkan antara angka 1 dengan kata nama khas Malaysia mesti dielakkan sama sekali sebab itu sudah lari daripada tulisan asal 1Malaysia yang mempunyai semangat dan roh ke arah penyatuan itu.
17 1Malaysia turut mendidik rakyat Malaysia mengejar kualiti berbanding kuantiti seiring dengan klausa pencapaian diutamakan.
18 MEB yang baru diperkenalkan dengan sasaran pendapatan tertinggi bagi rakyat negara ini, pengenalan Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT), Biasiswa Nasional dan bidang keberhasilan utama negara adalah antara yang dibuat bagi menjadikan rakyat dan negara Malaysia yang berkualiti tinggi bagi melancarkan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.
Hakcipta Abd Bashid Harun











1 user commented in " Tahniah Dato’ Sri Mohd Najib, Perdana Menteri Malaysia "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbackaskm..cikgu..sbnarnya saya buka site ni untk mncari logo sklah simpang..tp tetarik dgn nkilan cikgu..saya bkn trlalu pandai dlm semua hal..tapi saya ada pengalaman dlm bdang pencetakkan…
Leave A Reply