Tahniah DS Dr Zambry. Saya dengar Tuan hanya mahu bekerja, dan sebagai balasan inilah yang Tuhan hadiahkan kepada Tuan. Tuhan mendengar do’a makhluk-Nya yang suaranya tidak sedikit pun ditinggikan dan kepada manusia dia sentiasa merendah diri. Sedang ada yang bersolat hajat, tetapi di hatinya memaksa Tuhan memenangkannya. Maka sebagai balasan, Tuhan beri dia kekalahan, bukan kerana dia tidak mengingati Tuhan, tetapi sekadar ujian setelah keghairahan. Yang dilihat ramai ialah sebuah keputusan mahkamah; tetapi keputusan apa pun tidak dapat lari daripada sebuah ketentuan. Pada hari ini Tuhan bukan sahaja hadir di dalam istana kehakiman, tetapi turut menghulurkan tangan kuasa-Nya di sana. Seseorang mahu keajaiban berlaku di sana, tetapi Tuhan pula memilih siapa yang patut mendapatkannya. Ketahuilah wahai Zambry dan Nizar, sehebat mana pun kita, kita tidak boleh ambil alih kerja-Nya. Maka bersyukurlah dengan apa jua keputusan kerana di sebalik setiap keputusan ada hikmahnya.

Madah Kesyukuran Daripada GuruBashid