1 YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Haji Abdul Khalid, Pengerusi JK Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sains dan Teknologi merangkap ADUN Kawasan Kamuntiing telah bermurah hati untuk menyumbang sebanyak RM10 000 kepada PIBG SMK Kamunting.

2 Sumbangan tersebut diumumkan semasa Majlis Penyerahan Bantuan Khas Persediaan Awal Persekolahan 2012 yang diadakan di sekolah tersebut pada 18 November yang lalu.

3 Menurut Exco kerajaan negeri itu sumbangan peribadi beliau itu adalah sebagai tanda sokongan beliau kepada pihak sekolah. Beliau berharap agar sumbangan itu dapat digunakan oleh PIBG untuk melaksanakan beberapa program dan aktiviti khususnya salam melonjakkan sekolah ke arah kecemerlangan.

4 Beliau berkeyakinan di bawah kepimpinan Pengetua yang baru, SMK Kamunting akan berjaya mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Keyakinan YB itu berasaskan kewujudan pasukan kerja yang mantap di bawah dorongan dan bimbingan Tuan Pengetua, Tuan Haji Mohd Harithuddin Satari di samping beberapa kejayaan dalam beberapa permainan yang diraih oleh sekolah.

5 Beliau dalam percakapannya dengan Pengetua berharap sekolah ini dapat menubuhkan persatuan bekas pelajarnya agar dapat dikumpulkan dana dan tenaga yang berjaya ke arah membantu sekolah menjalankan fungsinya dengan lebih lancar.

6 Beliau turut berkongsi hasratnya dengan Pengetua agar suatu hari nanti SMK Kamunting akan mendapat nama barunya sambil menyebut nama Long Jaafar.

7 Dalam Majlis tersebut YB Dato’ Mohammad Zahir telah sudi menyampaikan sumbangan wang tunai RM100 kepada kira-kira 60 murid dalam Tingkatan 3 yang belajar dalam Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama.

8 Pelajar tersebut telah menerima wang masing-masing dengan diringi oleh ibu, bapa atau penjaga mereka.

9 Mereka merupakan kumpulan pertama di sekolah itu yang menerima bantuan khas tersebut. Selain mereka, pelajar-pelajar Ting 1, Peralihan dan Tingkatan 2 akan menerima wang masing-masing pada 22 November 2011 dan pelajar Tingkatan 3 dan 4 pula akan menerimanya pada 23 November.

10 Dalam pertemuan saya dengan beberapa orang ibu bapa dan murid yang menerima bantuan tersebut,kesemua mereka melahirkan rasa penghargaan dan terima kasih mereka kepada pihak kerajaan.

Catatan Abd Bashid Harun