Siapakah yang lebih sayangkan negara ini: UMNO atau pembangkang? Siapa pula yang lebih banyak bercakap-cakap tentang ini, UMNO atau pembangkang,” GuruBashid.

1 Mereka menuduh UMNO rasuah, tetapi yang mereka maksudkan adalah individu-individu tertentu dalam UMNO yang terlibat dalam rasuah seperti juga individu-individu dalam parti pembangkang.

2 Tetapi sudah menjadi kebiasaan bagi musuh-musuh UMNO untuk menyebut secara keseluruhan bahawa UMNO rasuah kerana dengan cara itu dikira lebih berkesan dan lebih pantas dalam memberikan gambaran buruk ke atas parti UMNO yang menjadi saingan mereka.

3 Yang lebih mengagumkan pemimpin dan ahli-ahli UMNO tidak pernah membuat tuduhan balas dengan mendakwa bahawa parti-parti pembangkang rasuah meskipun sejak akhir-akhir ini banyak dakwaan rasuah turut melibatkan individu tertentu dalam parti itu.

4 Bukan berhadapan dengan situasi ini sahaja UMNO bersikap matang, tetapi dalam perkara-perkara lain juga UMNO telah menunjukkan sikap yang jauh lebih terpuji berbanding pembangkang.

5 Ahli UMNO termasuk pemimpinnya tidak mudah melompat, berkelakuan seperti orang hilang aqal dan cekap mengambil kesempatan sekiranya belum ada bukti yang jelas tentang sesuatu.

6 Berapa ramai ahli UMNO yang dihukum atas kesalahan rasuah dan membunuh juga, tetapi tidak nampak yang mereka ini cuba membalas dendam atas tindakan ke atas mereka serta cuba mengganggu perjalanan undang-undang di negara ini.

7 Orang-orang UMNO yang diperkayakan dengan pengalaman jatuh bangun perjuangan serta ditembak bertubi-tubi dengan peluru tohmahan pembangkang nampaknya kini lebih tahan uji dan memiliki tahap kesabaran yang cukup tinggi berbanding parti lawan mereka dalam berhadapan dengan sesuatu ujian.

8 Antara kredit yang boleh diberikan kepada pemimpin dan ahli UMNO di sini termasuklah sikap keterbukaan mereka dalam menerima kekalahan atau kemenangan dalam pilihan raya; dalam menerima suatu keputusan oleh mahkamah; dalam mempercayai proses keadilan dan penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan pihak polis, SPR dan SPRM.

9 Malahan suatu kekuatan yang ada pada pemimpin UMNO sejak dahulu ialah mereka jauh lebih merendah diri dan tidak pernah membusung dada dengan mendakwa yang mereka lebih Islam daripada yang lain-lainnya walhal kerja buat mereka untuk kemajuan Islam dan umat Islam di negara ini jauh lebih banyak daripada apa yang dapat ditawarkan oleh pembangkang.

10 Umum tahu bahawa apa pun nasib yang menimpa UMNO dalam BN pemimpinnya akan terus mencari jalan dan cara untuk merapatkan hubungan sesama orang Islam, memperkasakan pengetahuan dan ekonomi umat Islam dan pada masa yang sama cukup tinggi darjah tolak ansur mereka dengan kaum-kaum dan penganut agama yang lain.

11 Jika ada individu-individu yang dituduh rasuah atau apa-apa jua kesalahan serta ada aduan dibuat terhadap mereka, biasanya orang UMNO akan lebih terbuka dan bersedia untuk disiasat dan jika wujud bukti yang mencukupi mereka bersedia dibawa ke muka pengadilan tanpa banyak ulasan yang dibuat.

12 Pemimpin dan ahli UMNO lebih percaya kepada sistem perundangan di negara ini dan kepada qada’ dan qadar Tuhan berbanding pihak pembangkang.

13 UMNO percaya bahawa seseorang yang benar-benar bersalah sahaja yang akan dihukum.Sedangkan ada individu dalam parti lawan cuba lari daripada semua ketentuan itu dengan mencipta pelbagai taktik yang kadang-kadang taktik itu cukup besar bahayanya kepada kedaulatan negara ini

14 Inilah yang berlaku selama ini di negara ini yang semua orang boleh melihatnya sebagai perbandingan dalam membuktikan bahawa kerajaan serius menegakkan keadilan; memerangi sesuatu yang tidak baik seperti rasuah dan tidak akan bersekongkol dengan perasuah dan penjenayah walau siapa pun yang melakukannya.

15 Tetapi rasuah yang dilakukan oleh individu-individu dalam UMNO dan yang telah pun menerima hukuman yang setimpal atas perbuatan terkutuk mereka itu tidaklah sampai ke tahap membeli dan menjual sebuah negara dan kedaulatannya.

16 Malahan rasuah yang berlaku di negara ini seperti ramai sedia maklum hanyalah melibatkan pemberian atau penerimaan sejumlah wang yang boleh dikira dan pelakunya tidak sampai menjual dan membelinya atas nama agama dengan harga yang murah. Wal hal masih banyak tindakan atau perbuatan yang implikasinya lebih buruk daripada rasuah yang kita fahami selama ini.

17 Tindakan seseorang yang dilakukan atas nama agama sedangkan dengan jelas tindakan-tindakan itu di luar daripada batasan Islam dan moral tidak pula dilihat sebagai rasuah dan menjijikkan serta perlu dijauhi serta merta sedangkan perlakuan seperti itu terang-terang menerbitkan akibat yang tidak sedikit ke atas akidah dan kesucian Islam.

18 Namun kerana perbuatan itu dilakukan atas nama agama dan yang melakukannya pula adalah individu-individu yang tak pernah lekang daripada “penutup di kepala” atau di mulut mereka tak pernah berhenti daripada menyebut ayat quran dan as-Sunnah, maka perbuatan itu seolah-olah boleh dimaafkan dan dilupakan begitu sahaja.

19 Rakyat Malaysia yang kerap diasak dengan dongengan yang tak berkesudahan tentang kerajaan dan pendewaan berlebihan terhadap individu-individu dalam parti pembangkang seolah-olah telah terhijab antara kebenaran dan kepalsuan; tentang apa yang sebenarnya perbuatan yang buruk dan apa pula pula perbuatan yang tidak buruk ke atas negara ini.

20 Mereka seolah-olah dipaksa untuk menerima bahawa rasuah yang pertama itu salah sedangkan perbuatan yang kedua itu bukan rasuah meskipun akibat daripada yang kedua itu lebih buruk lagi.

21 Apa yang sepatutnya salah tidak menjadi kesalahan lagi apabila yang melakukannya adalah individu-individu yang berpengaruh dan sering memainkan isu Islam, keadilan dan hak asasi manusia.

22 Nampaknya kemahiran berpidato, kepandaian berhujah dan kefasihan memetik ayat suci al-Quran dan hadith telah digunakan sebaik-baiknya untuk memanipulasi rakyat agar mereka lebih percaya kepada apa yang ditutur daripada apa yang sebenarnya berlaku.

Hakcipta: