Kebanyakan orang menganggap bahawa sesuatu tindakan itu betul apabila dilakukan oleh kebanyakan orang atau oleh kebanyakan negara. Tetapi bagi Malaysia formula betul atau salah bukan terletak pada kepopularan sesuatu itu, tetapi terletak pada kesesuaian dan keberkesanan sesuatu tindakan dengan masalah yang sedang dihadapi dan mengambil kira keperluan semasa negara dengan mengutamakan kepentingan dan keselamatan negara.Sebagai contoh, dari segi kepimpinan kita berpegang kepada formula bahawa pemimpin yang berkesan kepada rakyatnya bersedia untuk menjadi tidak popular. Populariti bukan ukuran seorang pemimpin yang baik. Jika ingin popular, jadilah seorang pelakon atau penyanyi sahaja, jangan jadi seorang pemimpin. Dalam dunia sekarang untuk menjadi popular, bukannya payah. Akui sahaja apa yang dikatakan oleh Barat, dan buat sahaja apa yang mereka suruh, pemimpin seperti itu pasti popular. Tetapi apakah maknanya kemunculan pemimpin seperti itu, jika rakyatnya menderita. Apa yang Amerika Syarikat ingin ciptakan ialah pemimpin timur yang seperti budak kecil yang bergantung kepada susu ibunya. Apabila budak kecil dimarahi oleh ibunya, ia akan menjauhi ibunya. Tetapi apabila ia dahagakan susu, ia akan kembali kepada ibunya semula. Kerana dahagakan susu ia sanggup melupakan kemarahan kepada ibunya. Sikap ketergantungan yang keterlaluan terhadap barat atau timur seperti ini haruslah dielakkan dan bukan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah kita. Hakcipta Abd Bashid Harun

















No user commented in " Populariti Bukan Stail Kita "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply