Apa hukuman yang tidak dilontarkan oleh Nik Aziz kepada UMNO: kafir, tak masuk syurga, tak ikut Quran, zalim, taghut, ahli neraka, jahiliah, munafiq, fasiq dan banyak lagi. Segala hukuman yang tak baik akan dihabiskannya untuk UMNO. Selagi ada hukuman itu dalam kitab feqh mahupun kitab tauhid Nik Aziz akan terus menggunakannya untuk menyerang UMNO.Perumpamaan perbuatan Nik Aziz itu seperti orang yang sedang melontarkan buah busuk kepada musuhnya, tetapi dia sendiri terlupa yang buah busuk itu diambil daripada bakulnya sendiri, bukannya bakul orang lain. Dia melakukan lontaran seperti orang yang rasa bersalah, bercampur marah. Dia mahu membuang buah busuk dari bakulnya sendiri, tetapi kerana dendamnya dia tidak akan membuangnya begitu sahaja melainkan menggunakannya untuk melontar ke arah musuh-musuhnya. Sedangkan apa yang dia sangka sebagai musuh itu tidak pernah melontarkannya kembali, sebab musuhnya tak kan melontarkan buah yang elok dari bakulnya. Yang dilontar tidak rugi apa-apa, tetapi yang melontarkannya, semakin rugi kerana asyik melontar dia terlontar juga buah elok kepada musuhnya hingga buah elok musuhnya semakin bertambah-GuruBashid