1 Bukan mudah menjadi Najib.Lebih sukar lagi Najib sebagai Perdana Menteri. Menjadi isteri kepada Perdana Menteri Malaysia pun susah juga. Orang melihat Rosmah bukan sebagai Rosmah per se tetapi sebagai isteri kepada Perdana Menteri.Orang yang tidak suka dengan Najib akan menyerang isteri beliau dan memburukkannya.

2 Memang ini kerja pembangkang di Malaysia. Pembangkang di Malaysia mempunyai banyak masa untuk meneropong Najib, isteri dan keluarganya seolah-olah itu kerja utama mereka.Sehari tidak melihat Najib dan Rosmah dan memperkatakan tentang kedua-duanya macam tidak lengkap hidup mereka.

3 Mereka menjadi begitu bernafsu apabila memperkatakan Najib dan isteri beliau, Rosmah.Tanpa Najib dan Rosmah, nafsu mereka akan longlai lemah. Dunia mereka hanya bangkit dengan memperkatakan tentang Najib dan Rosmah. Jika tidak, jiwa mereka kosong dan semuanya menjadi tidak kena.

4 Sebaliknya, Najib pula hampir tidak peduli akan semua itu sebab hampir setiap masa beliau bekerja keras untuk negara ini dan rakyatnya.Tidak pernah henti-henti, lepas satu satu, bukan sahaja di dalam negara tetapi melangkah ke luar negara.

5 Pembangkang seolah-olah mahu Najib lemas dan kemudian lemah dalam teropong dan pandangan mereka terhadapnya dan terhadap isteri beliau. Mereka meneropong Najib dan isterinya dengan menggunakan teropong bersaiz mulut berjenama sangka sangka berharga murah.

6 Dan jika boleh mereka mahu masuk ke kelambu Najib dan menyingkap selimut beliau dan isterinya melalui teropong itu. Jika Najib dan Rosmah ke tandas mereka juga mahu mengikutinya dan sambil menghidu sendiri dengan penuh tekun bau najis Najib. Ya sampai begitu sekali bergharahnya mereka terhadap Najib dan Rosmah.

7 Sekarang, lelaki daripada kalangan mereka, terutama Pas sangat berminat kepada isteri Najib. Bukan sahaja golongan atas jalan dalam kalangan mereka, tetapi juga pemimpin mereka juga sangat berminat dengan Rosmah.

8 Mereka berminat dengan Rosmah melebihi minat mereka terhadap isteri-isteri mereka sendiri.Mereka sanggup meninggalkan isteri-isteri mereka dan beralih kepada Rosmah.Mereka berminat dengan rambut Rosmah dan apa yang Rosmah pakai, dan jika boleh mereka mahu membelainya dan membilangnya satu persatu.

9 Mereka sanggup meninggalkan isteri-isteri mereka dengan memberi tumpuan berlebihan kepada Rosmah. Mereka kata Rosmah membuka rambutnya, tetapi mereka sendiri tidak pernah mahu menutup mulut mereka dan mulut isteri mereka daripada terus mengaga dan mengeluarkan kata umpat dan keji.

10 Mereka hanya mahu menutup kepala perempuan lain yang bukan bini mereka pun, tetapi tidak pula mahu menutup “kemaluan” mereka sebagai orang Islam dengan membuka seluas-luasnya aib orang.

11 Mencipta keburukan sambil membesarkan saiznya adalah makanan harian mereka yang menjadi kegembiraan mereka pada tahap gaban. Orang lain tidak akan sanggup melakukannya, tetapi mereka sanggup.Inilah luar biasanya mereka.Mereka melakukannya secara non stop.

12 Mereka gemar menggunakan kata-kata berbau carut, buruk dan kadang-kadang lucah ke atas orang yang mereka tidak suka. Mereka sangat seronok melakukannya dan turut mengajak yang lain berperangai seperti mereka.

13 Lebih jauh dari itu, mereka mendo’akan kemusnahan ke atas saudara mereka dan jiran tetangga mereka yang tidak sehaluan dengan pegangan mereka. Mereka memandang jijik ke atas saudaranya sendiri.Tetapi saudara dan jiran mereka itu tidak pula mendo’akan keburukan yang sama ke atas mereka.

14 Mereka menggunakan secara keterlaluan surau dan masjid yang dibina oleh lawan-lawan yang mereka sangat musuhi itu. Mereka membawa masuk apa yag tidak sepatutnya dibawa masuk ke tempat suci itu.Mereka membawa masuk sehingga ke mihrabnya atau begitu hampir dengan mimbarnya.

15 Mereka tak pernah malu menggunakan institusi masjid dan surau serta berkata nista di dalamnya sebab mereka sendiri telah dipadamkan rasa malu itu atau pun mereka sudah kebal dengan gelaran ahli syurga yang diberi kepada mereka oleh para pemimpin mereka.

Catatan GuruBashid