Blogger hanya menyatakan pendapat tetapi dia tak boleh sampai memaksakan pendapatnya kepada seseorang.Tentunya lebih tidak baik lagi jika dia mahu mengungut atau mengancam seseorang pemimpin atau kerajaan dengan pendapat-pendapatnya itu. Blogger mungkin ada kemahuan yang tertentu, tetapi kerajaan atau pemimpin pula ada kebijaksanaan masing-masing. Kita tak boleh menukarkan kebijaksanaan seseorang pemimpin dengan kemahuan kita.Malahan jika kita memiliki kebijaksanaan sekali pun, kita tak boleh membuang kebijksanaan kerajaan lalu menukarkannya dengan kebijaksanaan kita. Jika ini wujud, ini menjadi suatu penyakit. Kita selalu mahu orang lain melihat apa yang kita buat itu betul dan orang lain salah. Kita tak boleh menentukan semuanya, sampai kepada bentuk dan saiznya.Kita tak boleh menentukan sampai ke tahap seolah-olah kerajaan atau pemimpin itu tidak ada apa-apa, sampai apa yang kerajaan patut buat dan apa yang kerajaan tidak patut buat pun kita yang tentukan. Biarlah sebahagian perkara kita biarkan pemimpin atau kerajaan yang buat, dan kita pula mengurus sebahagian kecil yang lain, itu pun yang berkaitan bidang kita. Saya selalu menyebutkan ungkapan berikut bahawa kita tidak nampak apa yang kerajaan nampak. Kita hanya melihat, tetapi apa yang kita nampak sebagai seorang blogger tidak sama dengan apa yang kerajaan atau pemimpin nampak. Oleh itu berhati-hatilah.
Baca juga artikel saya bertajuk Nasihat Guru Kepada Blogger UMNO.KLIK DI SINI
Catatan GuruBashid











No user commented in " Menjadi Blogger Bukan Lesen Untuk Mengugut Pemimpin "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply