Semua orang jelas matlamat tersurat Wawasan 2020, iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara maju mengikut acuan sendiri menjelang 1 Januari 2020. Bagaimana dengan matlamat tersiratnya pula? Matlamat tersirat daripada Wawasan 2020 ialah suatu hari nanti kita akan berupaya membebaskan diri kita sepenuhnya daripada bergantung kepada orang lain. Kita tidak boleh meniru untuk selama-lamanya. Jika kita ingin meniru pun, tirulah sesuatu yang lebih baik sama ada dari segi moral atau ekonominya. Yang berlaku di luar sana tidak semuanya sesuai untuk kita. Yang berlaku di luar kebanyakannya enak didengar, seronok untuk diceritakan, tetapi bukan semuanya baik untuk ditiru. Meniru orang lain bererti kita tidak mampu mencipta yang baru. Meniru orang lain menandakan kita masih ketinggalan dan dijajah. Kita masih mengiktiraf orang lain. Kita mesti bangun dari keadaan ini. Sudah sampai masanya kita menghasilkan sesuatu berdasarkan keperluan kita, dan untuk negara kita. Kalau dahulu Jepun menghantar tentera-tenteranya, Jepun tewas, kini Jepun menghantar barang-barangnya, ternyata Jepun berjaya. Di mana ada tempat di situ ada barang-barang Jepun. Hatta selipar yang dibuat di Malaysia dengan getah tempatan pun dinamakan selipar Jepun. China pula menghantar orang-orangnya, di mana ada tempat yang boleh diduduki, di situ ada orang-orang Cina. Orang Cina yang datang ini rajin dan berjaya. Persoalannya apakah yang bakal dihantar oleh Malaysia ke seluruh dunia? Pemikirannya? Keretanya? Kekayaannya? Mindanya? Inilah yang perlu difikirkan oleh setiap rakyat Malaysia.Hakcipta GuruBashid












No user commented in " Matlamat Tersirat Wawasan 2020 "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply