Skop MKT
1 Berdasarkan visi dan misi di atas MKT hanya boleh menentukan, mempengaruhi, mengawal dan mengubah faktor yang boleh dikawal sahaja iaitu suasana fizikal kelas dalam lima aspek utama, iaitu 1)kelas yang bersih 2) kelas yang ceria 3) kelas yang selamat 4) kelas yang kondusif 5) kelas bermaklumat untuk membantu meningkatkan iklim pembelajaran di dalam kelas.
2 Dalam erti kata yang lain kewujudan MKT terbatas kepada lima aspek utama di atas yang kesan akhirnya akan membantu guru kelas, semua guru yang masuk ke kelas itu dan mereka yang berada di dalamnya, termasuklah semua peralatan dan kemudahan di dalamnya.
3 Dalam menjalankan fungsinya sebagai KK mahupun PKK peranan yang dijalankannya tidak melebihi garisan sempadan kelasnya yang turut meliputi koridor, kecualilah dalam melaksanakan program dan aktiviti MKT.
Yang Tidak Dicakup Oleh MKT
Namun MKT tidak berkuasa dan berupaya mengawal satu lagi faktor utama iaitu aspek pengajaran guru itu sendiri. Begitu juga MKT tidak diberi apa-apa kuasa untuk menjalankan tindakan menghukum, menentukan polisi kelas atau sekolah serta pertukaran murid antara kelas. Selain itu MKT tidak dibenarkan melakukan apa-apa bentuk tekanan ke atas pihak sekolah atau membuat apa-apa tuntutan dan bayaran kecuali yang dibenarkan dan atas kebenaran.
Pekeliling Berkaitan MKT
1 Kendatipun tidak ada pekeliling khas yang berkaitan namun pembentukan MKT adalah satu mekanisme yang dikira tepat untuk meningkatkan tahap pematuhan ke atas semua peraturan sekolah sehingga ke dalam kelas, di mana Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas akan memastikan disiplin murid di dalam kelas mereka berjalan seperti yang sepatutnya bagi membantu guru kelas mewujudkan suasana kelas yang kondusif agar proses P & P yang berkesan dapat dijalankan di dalamnya.
2 Secara umumnya inilah yang dikehendaki berlaku di sesebuah sekolah seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986, Langkah-Langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah, bertarikh 1 Ogos 1986, perkara 2 yang menuliskan “tugas kita seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh kita kawal dan ubah seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah”.
3 Menurut Perkara 5.3 dalam pekeliling yang sama menyebutkan tentang tindakan menubuh dan menggerakkan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid-Murid Peringkat Sekolah (sepertimana yang diarahkan melalui surat siaran KP(BS)8591/Jld.11/(16) dan menentukan fungsi-fungsi jawatankuasa ini dilaksanakan.
Rumusan Definisi MKT
Dalam maksud yang berbeza, MKT bolehlah dirumus sebagai satu mekanisme kawalan kelas oleh sekumpulan tenaga gabungan guru dan murid yang dijalankan di bawah pemantauan langsung PK Hal Ehwal Murid yang bertanggungjawab kepada Pengetua dalam membantu Guru Kelas dan guru-guru mendisiplinkan murid-murid di dalam kelas melalui pendekatan urus tadbir kelas yang berkesan, tetapi cara kelas diurus dan dikendalikan tidak pula ditentukan secara yang khusus.
Hakcipta Terpeihara
Abd Bashid Harun
PK HEM SMK Kamunting











No user commented in " Majlis Ketua Tingkatan (Siri 19) "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply