Dunia Akan Datang Bermula Dari Sebuah Kelas
1 Kita harus tahu bahawa dunia yang akan datang bermula dari sebuah kelas. Bagaimana kelas itu diurus dan sejauh mana murid di dalamnya dibentuk sebagai calon modal insan yang berilmu, berdisiplin dan bertanggungjawab bakal menentukan rupa bentuk sebuah negara bangsa Malaysia pada masa akan datang.
2 Malahan saya berani menyatakan jika kelas sebagai nadi sekolah dapat diurus dengan baik sehingga proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalamnya berlangsung dengan lancar ditambah pula dengan ciri-ciri kepimpinan yang ada dalam kalangan Ketua Kelas dan penolongnya, masalah disiplin di sekolah dapat dikurangkan malahan dihapuskan.
3 Sebabnya sesuatu yang berlaku di sekolah itu sebenarnya bermula di bilik darjah. Jika aspek pengurusan kelas dan disiplin murid sewaktu proses P & P terabai, maka penyakitnya dikhuatiri akan menjalar ke seluruh sekolah.
4 Kita harus tahu kelas adalah tempat yang paling sesuai untuk menanamkan segala-galanya ke dalam diri dan jiwa murid. Bukankah murid akan menggunakan kebanyakan masa mereka di dalam kelas.
5 Sehubungan itu kelas bukan sahaja tempat menyalurkan ilmu pengetahuan, malahan tempat yang selayaknya untuk pembentukan sahsiah dan keperibadian pelajar. Setiap guru yang masuk ke kelas selain guru kelas wajar memahami fungsi kelas sebagai tempat menyemai benih-benih terpuji kepada setiap murid.
6 Jika kita mahu mendiamkan murid, kita harus mendiamkannya di dalam kelas. Jika kita mahu mendisiplinkan murid di sekolah, kita harus mendisiplinkan mereka di dalam kelas. Jika kita mahu melahirkan golongan pemimpin pada masa akan datang kita kena lahirkannya dahulu di dalam kelas. Kita mesti melakukannya sekarang tanpa menunggu masa dan tempat yang sesuai, sebabnya masa yang sesuai itu ialah sekarang dan tempat yang sesuai itu sudah ada iaitu di dalam sebuah kelas.
7 Apa sahaja yang anda ingin sampaikan untuk kebaikan murid, sampaikannya di dalam kelas. Jangan tunggu masa dan tempat lain. Di kelas murid akan dengar dan akur, dan tak ada sesiapa yang akan membantah perbuatan anda itu.
Hakcipta Abd Bashid Harun
PK HEM
SMK Kamunting











No user commented in " Majlis Ketua Tingkatan (Siri 20) "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply