Cara Mengucapkan Salam Yang Betul
Bagi memastikan penghormatan sepenuhnya diberi kepada guru dan bagi tujuan murid lebih mengenali guru-guru mereka adalah wajar jika ucapan salam itu diakhiri dengan menyebut nama guru tersebut. Contohnya seperti menyebutkan Assalamu’alaikum Ustaz ahmad, Selamat Pagi Cikgu Shanti, Good Morning Mr Wong, Salam sejahtera cikgu Kamal dan seumpamanya.
Ketua Kelas, khususnya kelas-kelas di sekolah menengah yang ketua kelasnya disebut sebagai Ketua Tingkatan dinasihatikan agar tidak melafazkan ucapan salam secara berlagu atau bernyanyi. Saya kira itu bukanlah cara yang sesuai untuk mengucapkan salam yang mempunyai pengertian yang cukup baik buat seorang cikgu, apatah lagi untuk sekolah menengah.Memadailah mengucapkannya dalam nada biasa, tanpa dilagukan.
Walaupun ini cara yang terbaik yang pernah disyorkan bagi mengenali guru-guru, namun hakikatnya masih ada kelas yang tidak mempraktiskannya.
Do’a
1 Sebenarnya do’a sebelum memulakan pelajaran boleh sahaja dibacakan, tetapi tidak perlulah setiap kali guru masuk ke kelas dan sewaktu berlakunya pertukaran subjek, kita akan membacakan do’a. Memadai dengan do’a yang dibaca sekali sewaktu memulakan period yang pertama.
2 Ini bukan bermaksud yang saya memperkecil do’a, sebaliknya saya hanya ingin memastikan jangan disebabkan kita mengejar yang sunat kita menjejaskan yang wajib. Belajar itu wajib sedangkan membacakan do’a itu sunat. Lagipun 35 minit atau 40 minit bukanlah suatu tempoh yang panjang setelah mengambil kira masa kita bergerak ke kelas dan pelbagai gangguan yang lain.
Bagi Menimbulkan Mood Belajar
Saya juga mencadangkan di sini agar Ketua Kelas memaklumkan kepada guru yang mengajar yang mereka sudah sedia untuk memulakan pelajaran. Ungkapan seperti ” Cikgu, kami sudah sedia untuk memulakan pelajaran. Dipersilakan cikgu,” hendaklah dilafazkan oleh Ketua Kelas di hadapan guru sebelum murid duduk semula selepas menyampaikan ucapan selamat. Kaedah ini membolehkan guru-guru lebih bersemangat atau lebih bersedia untuk mengajar dan murid-murid pula akan menunjukkan komitmen yang tinggi untuk belajar.
Hakcipta Terpelihara
Abd Bashid Harun
PK HEM SMK Kamunting











No user commented in " Majlis Ketua Tingkatan (Siri 18) "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply