1 Jika perkembangan terbaru seperti di bawah diambil kira, Barisan Nasional(BN) diramal akan memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dun Galas dengan majoriti yang jauh lebih besar daripada jangkaan awal.
2 Ini juga merupakan petanda awal kebangkitan BN sebagai sebuah pasukan bagi memenangi semula negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
3 Berdasarkan penelitian saya dan daripada maklumat-maklumat yang disampaikan oleh rakan GuruBashid baik yang menyamar di Galas, Gua Musang dan di Batu Sapi, Sandakan, parti-parti komponen dalam Barisan Nasional dilihat kembali bertaut kukuh dan bekerja sebagai satu pasukan dan besuara seirama dan jauh lebih lantang melontarkan jawapan dalam berhadapan dengan pihak pembangkang.
4 MCA di bawah Dr Chuah Soi Lek dilihat bekerja lebih keras kali ini bersama parti komponen BN yang lain, malahan agak lebih verbal dan lebih tegas dalam mematahkan isu-isu tertentu yang dibangkitkan oleh pihak lawan.
5 Dengan wajah yang cukup marah sebagaimana yang disiarkan melalui TV3 semalam beliau mengungkap istilah “cakap tak serupa bikin” kepada Pakatan Pembangkang yang tidak pernah mengotakan janji mereka kepada rakyat.
6 Hari ini pula beliau dengan lantang memberi amaran kepada SAPP agar tidak bermain dengan isu Sabah Untuk Orang Sabah.
7 Presiden MCA, itu mengingatkan Parti Maju Sabah (SAPP) agar tidak memainkan isu ‘Sabah untuk orang Sabah’ sebagai modal politik untuk meraih sokongan pengundi. Menurut beliau lagi “Politik seperti itu sudah ketinggalan zaman. Tak perlulah membangkitkan kebencian. Apa yang diperlukan ialah politik pembangunan. Kita perlu bekerjasama dan terus maju ke hadapan,”.
8 “Memainkan isu untuk memperjuangkan autonomi atau sesuatu yang bersifat ekslusif, seperti ‘Sabah untuk orang Sabah’, adalah salah.
9 “Sabah telah diberi beberapa penghormatan dan sekurang-kurangnya lima menteri dalam Kabinet Persekutuan berasal dari negeri ini,” katanya lagi.
10 Dan yang terbaru kritikan pedas Ketua Wanita Gerakan yang menuduh Pas tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar apabila suka memalukan pihak lawan dengan kata-kata kesat sambil mendakwa yang parti itu mungkir janji apabila menggunakan isu peribadi untuk menyerang lawan. Menurut Ketua Wanita Gerakan itu, Pas hanya cakap tentang Islam, tetapi cakap mereka tak serupa bikin.
11 Sebelum itu Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu berterus terang menyatakan bahawa Pendekatan baru kerajaan dalam menangani masalah yang dihadapi kaum India telah memulihkan keyakinan dan sokongan masyarakat itu terhadap Barisan Nasional (BN).
12 Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengamalkan pendekatan yang lebih praktikal dan penuh kesungguhan dalam menangani masalah masyarakat India melalui campur tangan secara langsung oleh kerajaan.
13 Selain faktor di atas, saya melihat pada pilihan raya kali ini isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang telah berjaya dipatahkan segera. Kali ini saya melihat jentera BN tidak mengambil masa yang lama untuk mematahkan isu yang dibangkitkan. Tidak seperti sebelumnya mereka tercari-cari isi.
14 Saya juga melihat BN kali ini menghadapi pembangkang dengan lebih lancar dan berkeyakinan dengan bantuan dan peranan yang dimainkan oleh media alternatif pro-BN yang muncul lebih banyak pada kali ini yang berupaya menyerang secara bersepadu, serentak dan tersusun.
15 Jadi jentera BN boleh membaca mana-mana artikel yang disiarkan dalam media-media pro-BN berkenaan dan memilih yang terbaik untuk dibawa dalam ucapan dan ceramah mereka. Tahniah semua pihak yang bekerjasama dalam menjayakan matlamat BN untuk menang besar dalam PRK kali ini dan PRU akan datang.
Catatan GuruBashid











No user commented in " Kini BN Kembali Teguh Sebagai Sebuah Parti "
Follow-up comment rss or Leave a Trackback