1 Tun Dr Mahathir kata Satu Malaysia perlukan penjelasan lebih terperinci.Saya kira jika Dr Mahathir mahu, beliau sendiri pun boleh menjelaskannya. Walau pun bukan beliau menciptakan gagasan itu, tetapi berdasarkan kekuatan retorik yang ada pada beliau, dan kedudukan beliau sebagai negarawan, beliau memang mampu menjelaskannya.
2 Namun beliau sengaja memilih untuk bertanya. Sebab Tun yang bertanya, orang ramai tertunggu-tunggu akan jawapannya.
3 Saya percaya DS Najib tidak akan melepaskan peluang ini untuk membuat penjelasan yang lebih daripada sekadar mencukupi mengenai gagasan 1Malaysia ini.
4 DS Najib tidak akan rugi apa-apa dengan mengambil peluang ini untuk refresh sekali lagi tentang 1Malaysia.Saya kira beliau akan menjawabnya sebaik-baik sahaja beliau kembali bertugas.
5 Cuma saya amat berbangga jika dalam penjelasan DS Najib nanti mungkin fakta-fakta berikut boleh dipertimbangkan,kerana fakta-fakta inilah yang akan memadamkan kebimbangan orang Melayu tentang nasib mereka dalam 1Malaysia dan menutup bangsa-bangsa lain yang membuat tuntutan keterlaluan di sebalik 1Malaysia, iaitu:
2.1 1Malaysia bukan bererti semuanya harus menjadi satu.
2.2 1Malaysia tidak lari daripada Perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi yang bersifat luhur
2.3 1Malaysia tidak lari daripada Rukun Negara
2.4 1Malaysia tidak akan menejaskan usaha yang dilakukan untuk mencapai Wawasan 2020
2.5 1Malaysia bererti kita hanya ada negara ini, iaitu Malaysia, kita tidak perlu bangunkan Amerika,Singapura,India,China, Jepun atau Indonesia kedua di sini
2.6 1Malaysia bukan seperti kehendak DAP
2.7 1Malaysia tetap berteraskan sejarah Malaysia
Hakcipta Abd Bashid Harun











No user commented in " Kerana Mahathir Yang Bertanya "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply