Jika anda sedang menghitung laba sebagai wakil rakyat, dengan memasang angan-angan sambil menghitung berapa kompartmen balak yang akan diperoleh, berapa hektar kawasan bakau yang akan didapati, berapa banyak dapur arang yang akan dapat, berapa banyak duit untuk kegunaan parti yang boleh disonglap masuk terus ke dalam poket, dan berapa tender yang akan diperolehi lalu memasang angan-angan untuk dipilih sebagai wakil rakyat anda silap. Anda bukan calon pilihan kami.

Sebagai rakyat kami sedang memerhatikan gelagat anda sekarang ini. Anda tidak boleh menipu kami lagi. Kami tidak mahu parti kami, bangsa kami, agama kami dan negara kami dirosakkan oleh perangai rakus anda ini. Kami hanya akan memilih yang ikhlas berjuang untuk kami dan bukan mereka yang rakus mengumpul kekayaan.

Kami menyayangi parti kami UMNO dan BN serta kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan DS Mohd Najib melebihi kasih sayang kami kepada individu tertentu. Kami hanya mahu dipimpin oleh mereka yang bersih dan tidak mencalarkan parti yang kami sayangi.

” Ya Allah ya Tuhan kami, dengan kekuasaan yang hanya ada di tangan-Mu, Engkau hindarilah kami daripada dipimpin mereka yang bercita-cita mengumpul kekayaan dengan jawatan sebagai wakil rakyat. Engkau binasakanlah mereka sebelum mereka membinasakan bangsa dan negara kami. Amin ya rabbal ‘alamin.”

Catatan GuruBashid