” JIKA Aziz (Nik Aziz) menggunakan istilah “tendang” kepada PAS sehingga terkeluar daripada gelanggang BN saya tidak hairan langsung.Sebabnya mudah. Bukankah Aziz gemar bermain bola sepak suatu ketika dahulu. Istilah tendang memang biasa dalam bola sepak. Bola memang tidak perlu dibelai atau disayangi. Yang perlu dilakukan ke atas bola hanya satu iaitu menendangnya ke arah gol. Jadi perkataan tendang telah menghantui Nik Aziz apatah lagi dengan demam bola sepak sekarang ini. Jadi dia pun mahu menggunakan istilah yang serupa dengan apa yang telah menimpa PAS. Ini bukan orang lain kata, tetapi Aziz sendiri,” GuruBashid
1 KALAU di Batu Sapi ada calon kitar semula, bukan sekali tetapi beberapa kali sampai lunyai dan berkecai dibuatnya, di Galas pula lain ceritanya. Di Galas ada isu yang dikitar semula setelah isu baru yang cuba dipasarkan akhirnya terpaksa dibuang begitu sahaja sebab tidak laku. Isu yang saya maksudkan ialah isu royalti minyak, dan sekarang isu penyingkiran PAS daripada BN.
2 Nik Abdul Aziz Nik Mat (selepas ini disebut Aziz sahaja) yang dilihat selalu menurut telunjuk Anwar sekalipun beliau adalah mursyidul am PAS mendakwa bahawa PAS telah “ditendang” keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekitar 70-an dan bukannya PAS yang tidak mahu berkerjasama dengan Umno ketika itu.
3 Pengerusi Majlis Veteran UMNO Kelantan, Datuk Rozali Isohak telah pun menyangkal kenyataan Aziz itu. Menurut Datuk Rozali, PAS mungkir dengan janjinya untuk tidak menubuhkan cawangan mereka di kawasan yang dikuasai oleh Umno semasa bergabung dalam BN.
4 “PAS juga berbalah sesama sendiri, sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan Mageran iaitu Majlis Keselamatan Negara di Kelantan dan dengan keadaan itu menyebabkan pemimpin Umno merasai PAS tidak perlu bersama BN lagi,” katanya kepada BERNAMA.
5 Ternyata sekali apa yang berlaku pada parti PAS sehingga terpaksa dikeluarkan daripada BN adalah berpunca daripada sikap dan tindak tanduk PAS sendiri. Ia bukan kesalahan UMNO mahu pun BN. Ia lebih kepada balasan yang berpatutan untuk diterima oleh PAS pada waktu itu seberat kesalahan yang dilakukan kepada parti.
6 BN sebagai parti komponen berhak mencari yang terbaik agar parti itu terus berada dalam keadaan stabil, kuat dan dapat diterima oleh rakyat. Lainlah kalau BN pada waktu itu hanya ada PAS di mana apa yang berlaku tidak akan menjejaskan yang lain.
7 Generasi sekarang yang tidak nampak apa yang berlaku ketika itu sehingga penyingkiran terpaksa dibuat ke atas PAS, boleh melihat kepada cara-cara berpolitik PAS sekarang. Apakah anda boleh tahan; dan kalau tahan pun setakat mana dengan cara-cara yang ditunjukkan oleh PAS dalam berpolitik. Adakah anda masih mahu membiarkan keadaan buruk seperti itu berterusan dan dibiarkan kekal berada dalam parti anda?
8 Tindakan membebaskan PAS daripada BN mungkin dirasa kesan pahitnya oleh parti itu sehingga sekarang, tetapi ia adalah baik untuk parti-parti yang lain yang bergabung dalam BN. Jika tindakan menyingkirkan sebuah parti itu dapat mengelakkan daripada penyakit berjangkit anda tentu tahu apa yang wajib dilakukan. Dan tentunya tindakan yang diambil ketika itu turut menggambarkan betapa bijaknya kepemimpinan BN pada waktu itu untuk menyelamatkan parti BN daripada kemelut berpanjangan.
9 Saya melihat satu daripada sikap PAS yang tidak berubah dari dahulu sampai sekarang ialah pemimpin dan ahli mereka sulit untuk didisiplinkan. Sebahagian mereka mahu memaksakan apa yang mereka hendak sahaja ke atas orang lain. Mereka mahu orang lain terima sahaja cara mereka sebab bagi mereka cara mereka sahaja yang betul sebab mereka sahaja daripada parti Islam, sedangkan yang lain tidak.
10 Islam yang sepatutnya membentuk seseorang menjadi lebih baik dan muncul sebagai contoh nampaknya tidak begitu berkesan kepada parti itu. Mereka mendakwa Islam adalah dasar perjuangan mereka. Itu hanya dari segi teorinya, tetapi dari segi praktikalnya sudah berapa kali Islam yang mereka tonjolkan melalui perbuatan, tindakan dan pertuturan bukan menggambarkan Islam yang sebenar.
11 PAS wajar menerima hakikat bahawa jika mereka bertingkah laku negatif seperti itu, tidak akan ada sesiapa yang sukakan mereka. Ini bukanlah contoh kawan yang baik. Bukan sahaja BN yang tidak akan terima mereka, malahan jika PAS bergabung dengan pakatan pun ketika itu, mereka akan menerima nasib yang serupa atau mungkin lebih buruk dari itu.
12 Jika pakatan tidak membebaskan parti anda pun, mereka masih mahu menerima anda tetapi dengan maksud memperalatkan parti anda demi kepentingan parti dan individu tertentu dalam parti. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Inilah hakikatnya yang berlaku pada PAS sekarang ini.
13 DAP sebagai contoh masih mahu berpakat dengan PAS, walau pun parti alakomunis itu sudah tahu parti itu tidak menyenangi anda atas dasar perjuangan yang berbeza. PKR pun mahu berpakat dengan PAS, tetapi PAS sekadar di pinggiran dalam pakatan tidak ori itu berbanding pemimpin dan parti PKR yang jauh lebih menonjol dalam pakatan itu. Tidakkah PAS sedar akan semua ini?
14 Walau apa pun inilah antara risiko yang patut dihadapi oleh sesebuah parti politik. Sampai suatu tahap, keputusan politik terpaksa diambil sama ada anda menyenanginya atau tidak. Bukan kerana seseorang mahu pun sesiapa di dalamnya tetapi demi kelangsungan parti yang menjadi pertaruhan untuk membentuk sebuah kerajaan.
15 Jika Aziz menggunakan istilah “tendang” kepada PAS yang telah dibebaskan daripada BN, saya tidak hairan langsung.Sebabnya mudah. Bukankah Aziz gemar bermain bola suatu ketika dahulu. Istilah tendang memang biasa dalam bola sepak. Bola memang tidak perlu dibelai, jauh sekali untuk disayangi.Yang perlu dilakukan ke atas bola hanya satu iaitu menendangnya ke arah gol. Jadi perkataan tendang telah menghantui Nik Aziz apatah lagi dengan demam bola sepak sekarang ini. Jadi dia pun mahu menggunakan istilah yang serupa dengan apa yang telah menimpa PAS ketika itu. Ini bukan orang lain kata, tetapi Aziz sendiri yang kata.
Hakcipta Abd Bashid Harun











No user commented in " Di Batu Sapi Ada Calon Kitar Semula, Di Galas Pula Ada Isu Kitar Semula "
Follow-up comment rss or Leave a Trackback