1 Apa pandangan cikgu tentang Mu’ammar Ghaddafi?
Beliau sudah mati, malahan telah menemui syahidnya sebagaimana yang beliau cita-citakan.Apa yang perlu dilakukan oleh yang hidup atas si mati ialah menunaikan wasiat-wasiatnya,melunaskan hutang-hutang atau menghalalkannya, menggembirakan keluarganya dengan cerita yang baik-baik tentang dirinya dan membacakan jasa-jasanya, mendo’akan agar rohnya di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan ber’amal soleh sambil mengharapkan pengampunan atas dosa-dosanya.Adakah anda suka jika orang bercerita tentang perkara buruk mengenai arwah ayah atau ibu anda walhal di kampungnya mereka orang yang baik?
2 Apakah dia perlu disakiti?
Dalam saat-saat menuju kematiannya, dia sudah sakit.Dia sudah cedera teruk. Tiada hak makhluk menyakiti orang yang sedia sakit. Tiada hak kita melakukan kejahatan atas orang yang sudah tak berdaya,lagi-lagi jika orang itu sudah dalam kekuasaan kita.Hanya orang yang ada penyakit dalam hatinya melakukan kejahatan ke atas orang yang sedang sakit dan sudah tak berdaya. Hanya orang yang penakut sahaja membunuh orang yang sudah menuju kematiannya.
3 Apakah Ghaddafi syahid?
Syahid sebenarnya mudah dicapai.Orang yang mati berdarah syahid.Orang yang meninggal dunia kerana melahirkan anak pun syahid. Ada syahid dunia dan ada syahid akhirat.Dan ada yang syahid dunia akhirat.Umpamanya orang yang mati dalam peperangan menegakkan kebenaran.Orang yang mati mempertahankan dirinya atau keluarganya atau negaranya juga syahid. Ada sesiapa yang berani menyatakan beliau tidak syahid?
4 Ada orang kata Mu’ammar Ghaddafi zalim?
Dia tidak menyakiti orang Islam dan orang yang baik.Dia melayan elok orang yang mentatati pemerintahannya dan bersedia menjadi kawan kepada perjuangan dan pemerintahannya. Dia adalah pemerintah yang sah pada waku itu.Justeru dia berhak untuk mengatur pemerintahan negara sebaik-baiknya agar wujud keamanan dan kestabilan dalam negara. Negara adalah sebuah bahtera dan rakyat adalah penumpang dalam kapal itu. Negara perlu diterajui oleh hanya seorang pemimpin seperti hanya seorang nakhoda yang diperlukan bagi sebuah kapal.Jika ada orang lain yang cuba menjadi nakhoda dan membuat arahan yang lain,orang itu adalah memusuhi negara itu.Sebelum berlaku yang tidak baik ke atas kapal(negara), seorang pemerintah boleh menghapuskannya. Sebab itu dalam satu zaman dan di sesebuah negara hanya ada seorang pemerintah sahaja, dan yang menentang adalah musuh-musuhnya.
5 Apakah jasa-jasa Ghaddafi?
1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;
3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba’;
4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;
5. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;
6. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);
7. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;
8.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;
9. Pendidikan adalah percumn;
10. Kemudahan perubatan adalah percuma;
11. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;
12. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;
13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripadapergantungan kepada sumber makanan luar;
14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;
15. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
6 Apakah Pengajarannya Kepada Kita Di Malaysia?
Kaedah menjatuhkan Mu’ammar Ghaddafi yang digunakan seiras dengan apa yang telah digariskan dalam protokol zionis dan perancangan rahsia Illuminati. Malangnya rakyat Libya telah dikeliru malah begitu mudah dihasut melalui pelbagai maklumat palsu yang dibangunkan secara sistematik supaya membenci Gaddafi. Peranan Facebook dan media alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat propaganda terbaik bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel sebagai alat kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak pemerintah atau alat propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya mengabaikannya. Hal yang sama sedang menular di negara ini.Jaga-jaga.











No user commented in " Beberapa Persoalan Tentang Ghaddafi dan Jawapan Saya "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply