1 Kita menyangka kita sedang berperang dengan musuh-musuh kita, rupa-rupanya kita hanya bertengkar sesama kita. Dan tanpa disedari kadang-kadang kita seronok melakukannya dalam gelanggang yang kita bina sendiri.

2 Bukan semua dari gelanggang musuh kita bawa ke dalam gelanggang kita. Kita kena buat pilihan, yang mana kita patut bawa dan yang mana pula kita biarkan kekal di gelanggang mereka. Dalam situasi tertentu membiarkannya adalah lebih baik.

3 Apabila kita membuka sesuatu yang berkaitan musuh kita, jangan kita tinggalkannya sebelum kita sempat menyimpulnya. Dan hendaklah diingat jangan membuka sesuatu yang baru sebelum yang lama menemui penamatnya.

4 Ketika beban kita sendiri tak tertanggung, jangan kita bawa beban musuh di bahu kita. Kelak akan terjadi yang sepatutnya bukan beban kita, akan menjadi beban kita

5 Angka tidak perlu dilawan dengan angka sebab angka sebenar hanya dipungut melalui pilihan raya.Jika kita mahu berlawan dengan angka, kita kena besarkan saiz angka kita semasa pilihan raya itu.

6 Mujurlah demokrasi di negara ini tidak buta untuk mengenali siapa yang lebih baik kepadanya. Demokrasi telah memberi peluang kepada semua orang, tetapi sesiapa yang menjadi musuhnya, demokrasi sendiri yang akan menolaknya.

7 Biar apa pun cita-cita kita janganlah kita menjadi musuh kepada negara kita sendiri. Bagaimana negara dapat menempatkan seseorang yanmg menjadi musuhnya.

Catatan GuruBashid