” Masalah dalam PAS sekarang ialah terlalu ramai orang yang nak bercakap mengenai segala isu sedangkan bagi saya mereka tidak layak memberi kenyataan atau menyatakan pendirian parti. Akibatnya, perkara remeh menjadi besar apabila didedahkan dan ini menimbulkan pelbagai tanggapan serta spekulasi di kalangan umum. Senario beberapa hari kebelakangan ini mewujudkan persepsi baru terhadap PAS.” - Nasharudin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok,15 Disember 2011. KLIK DI SINI
Dakwaan Nasharudin itu telah saya sebutkan beberapa tahun yang lalu. Inilah masalah sebenar Pas yang tidak pernah cuba dibendung oleh pihak kepimpinan tertinggi parti disebabkan terlalu sibuk berseronok dengan kemenangan sementara parti yang kini mudharatnya telah membarah dalam parti itu.
Antara lain saya menyebutkan:
” Mereka selalu mengangkat pendapat peribadi sebagai pendapat parti. Apabila membaca akhbar mereka, kita kadang-kadang keliru adakah kenyataan yang dikeluarkan merupakan pendapat pemimpin mereka atau pendapat parti. Para pemimpinnya gagal menghalang orang-orang di bawahnya daripada bercakap atau membuat kenyataan. Hampir semua pemimpin PAS dibenarkan bercakap dan membuat kenyataan.” - GuruBashid®, 6 Disember 2008
” Ahli-ahli bawahan PAS kadang-kadang berlagak lebih hebat daripada pemimpin mereka. Mereka jarang-jarang merujuk kepada pemimpin apabila membuat kenyataan. Mereka jarang-jarang berkata ini kena tanya tuan guru atau presiden parti. Atau berkata: ” saya enggan mengulas ” jika sesuatu itu kurang diyakini. Atau berkata “ menurut tuan guru atau menurut presiden parti,”-GuruBashid®, 6 Disember 2008
UNTUK MEMBACA ARTIKEL PENULIS berkaitan perkara yang ditimbulkan oleh pemimpin Pas itu KLIK DI SINI
Catatan GuruBashid®











No user commented in " Akhirnya Pas Sedar Apabila Terlalu Ramai Nak Bercakap "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply